Kelab Doktor Muda Sekolah Menengah

PENGENALAN

doktormuda

Kelab Doktor Muda Sekolah Menengah merupakan kesinambungan Kelab Doktor Muda yang telah dilaksanakan di Sekolah Rendah sejak tahun 1989. Program yang berpusat di sekolah (School based programme) bermatlamat untuk melahirkan murid yang berkemahiran berasaskan tingkahlaku kesihatan dalam mengamalkan cara hidup sihat menerusi aktiviti yang diterapkan menerusi Modul Latihan.

Kelab Doktor Muda berlandaskan kepada konsep dan strategi Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) yang bertepatan dengan Program 3K (Keselamatan, Kesihatan dan Keceriaan) yang diperkenalkan pada tahun 1991 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Pelaksanaan program ini adalah hasil usaha sama Antara Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia dengan sokongan agensi lain. Ini bertepatan dengan kehendak Kementerian Kesihatan Malaysia yang menekankan kepada konsep persepakatan dalam perkhidmatan kesihatan.

Pelaksanaan aktiviti Kelab Doktor Muda Sekolah Menengah bermula pada tahun 2015 berkonsepkan ‘dari murid, untuk murid, kepada murid’. Ia merupakan pendekatan proaktif yang dilaksanakan di Sekolah Menengah bagi mencapai hasrat melahirkan murid yang sihat, cergas dan cerdas. Pelaksanaan aktiviti ini mampu memberi keseimbangan Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek (JERI) dalam kalangan murid sekolah.

OBJEKTIF

doktormuda1

  1. Meneruskan kesinambungan Kelab Doktor Muda ke peringkat Sekolah Menengah.
  2. Memperkenal dan mengamal kemahiran penjagaan kesihatan diri dalam kehidupan harian.
  3. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran murid dalam mengamalkan cara hidup sihat.
  4. Meneruskan perkongsian bijak antara Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi meningkatkan tahap kesihatan dalam kalangan murid.
  5. Memupuk sifat kesukarelaan pada diri murid dalam melaksanakan aktiviti kesihatan kepada komuniti sekolah dan masyarakat setempat.
  6. Melahirkan murid yang berupaya menghindari diri dari tingkahlaku berisiko.

STRATEGI

doktormuda2

  1. Menggunakan konsep perkongsian bijak antara Jabatan Kesihatan Negeri dan Jabatan Pendidikan Negeri dengan sokongan pihak sekolah, ibu bapa / penjaga, agensi kerajaan, sektor swasta dan badan bukan kerajaan (NGO).
  2. Membentuk Jawatankuasa di peringkat kebangsaan, negeri, daerah dan sekolah untuk tujuan penyelarasan aktiviti.
  3. Memilih murid berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan.
  4. Meningkatkan kemahiran kesihatan dalam kalangan murid yang dipilih melalui latihan yang fleksibel dengan menggunakan modul yang disediakan.
  5. Melaksanakan program secara berpusat di sekolah (school-based) secara berperingkat berdasarkan sumber sedia ada.
  6. Menggunakan pendekatan Pembimbing Rakan Sebaya dalam melaksanakan aktiviti pendidikan kesihatan.

LATIHAN

  1. Dilaksanakan untuk meningkatkan pengetahuan dan membina kemahiran Doktor Muda bagi membolehkan aktiviti Kelab Doktor Muda dilaksanakan. Latihan (TOT) diberikan kepada Guru dan Murid, di mana Guru dilatih sebagai pembimbing manakala murid dilatih sebagai pemudah cara. 

AKTIVITI

Aktiviti yang dijalankan oleh Doktor Muda adalah sejajar dengan peranan:

      a. Mempromosi amalan kesihatan dalam kalangan komuniti sekolah dan komuniti setempat.

      b. Mengamalkan cara hidup sihat dalam kehidupan seharian.

      c. Mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih, sihat dan selamat.

      d.  Membantu anggota kesihatan dan pihak sekolah dalam menggerakkan aktiviti perkhidmatan kesihatan.

      e. Membantu memberi rawatan awal kesihatan.

      f. Menggerakkan aktiviti kesukarelaan di peringkat sekolah.

      g.  Mengurus dan melaksanakan aktiviti pendidikan kesihatan di peringkat sekolah.

 doktormuda3

Media

Cetak Emel

Bahagian Pendidikan Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia, Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62590 Putrajaya, Malaysia.


Tel : +603 88834500 Faks : +603-88886262 Emel : infosihat@moh.gov.my

media facebook media instagram media twitter rss media youtube rss