Page 12 - Garis Panduan Perkhidmatan Konsultasi Secara Maya-2022
P. 12

ii.  Bagi kes rujukan baru yang tiada data penilaian klinikal fisioterapi
                           terkini  atau data  tidak  dapat  diperolehi,  konsultasi  secara
                           bersemuka perlu dijalankan.
                        iii.  Bagi rawatan susulan kes Pediatrik dengan diagnosa umum tanpa
                           komplikasi dan berisiko rendah seperti Global Developmental Delay
                           (GDD). Namun, penilaian klinikal fisioterapi awal haruslah dilakukan
                           secara bersemuka terlebih dahulu.

                     b)  Konsultasi Berkumpulan;
                        i.  Konsultasi berkumpulan adalah bertujuan untuk memberikan
                            penerangan asas tentang penyakit dan kawalan penyakit melalui
                            aktiviti amalan klinikal fisioterapi.
                        ii.  Konsultasi ini boleh dijalankan terhadap;
                              Kes-kes baru  dengan diagnosa  umum  tanpa  komplikasi  serius
                              yang dirujuk kepada Pegawai Fisioterapi. Bagi kes dengan
                               diagnosa umum tanpa komplikasi serius namun dinilai berisiko
                              tinggi maka rawatan susulan secara individu perlu diberikan
                              samada secara maya atau bersemuka.
                              Kes rujukan baru yang tidak pernah mendapat perkhidmatan
                              fisioterapi.  Kes  bagi  program  terapi  senaman  terapeutik
                              seperti bagi kumpulan pesakit antenatal/postnatal merangkumi
                              senaman persediaan sebelum dan selepas bersalin, pesakit NCD
                              tanpa komplikasi dan tidak berisiko tinggi serta well-elderly tanpa
                              komplikasi dan tidak berisiko tinggi.

                     c)  Multi-disciplinary Team (MDT);
                        i.  Perkhidmatan Konsultasi Secara Maya juga boleh dijalankan bagi
                            program MDT samada secara individu atau berkumpulan.

                        ii.  Sesi konsultasi ini dijalankan bersama anggota kesihatan yang lain.
                        iii.  MDT dijalankan untuk kes-kes NCD yang memerlukan rawatan
                            secara bersepadu.

                     d)  Kelas Pendidikan;
                        i.  Kelas pendidikan boleh dijalankan kepada pesakit/keluarga/
                            penjaga.
                        ii.  Semasa kelas pendidikan, tiada penilaian fisioterapi asas dijalankan
                            terhadap pesakit. Penerangan hanya akan diberikan secara umum
                            tanpa spesifik kepada rawatan setiap individu.





               GARIS PANDUAN PERKHIDMATAN KONSULTASI SECARA MAYA DI KLINIK KESIHATAN   5
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17