Page 27 - MyHealth Sept 2025 Final
P. 27

Penyakit bawaan vektor seperti denggi, chikungunya dan
        MyCHAMPION                                            malaria terus menjadi ancaman kesihatan awam di negara
                                                              ini. Ia memberi risiko terhadap nyawa, sistem kesihatan dan
                                                              kesejahteraan masyarakat secara keseluruhan.

                                                              Justeru, usaha membanteras penyakit ini memerlukan tindakan
        COMBI 2025                                            komuniti dan individu. Melalui pendekatan bersepadu yang
                                                              menyeluruh melibatkan kerjasama antara pihak berkuasa,
                                                              merangkumi pendidikan kesihatan, pemantauan persekitaran
                                                              dan aktiviti pencegahan.
                                                              Justeru, Mesyuarat Penyelarasan Program MyCHAMPION
                                                              COMBI 2025 anjuran Bahagian Pendidikan Kesihatan,
        Memperkukuh                                           4 hingga 6 Julai 2025 bertempat di Hotel Maluri, Kuala Lumpur.
                                                              Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah dilaksanakan pada

                                                              Program selama tiga hari ini menghimpunkan lebih 60 peserta
                                                              yang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa COMBI Kebangsaan,
        Peranan                                               wakil sukarelawan MyCHAMPION COMBI negeri serta penyelaras
                                                              program terdiri daripada pegawai Unit Promosi Kesihatan Negeri
                                                              dan Bahagian Pendidikan Kesihatan KKM.
        Kepimpinan                                            Objektif utama mesyuarat ini adalah menyelaras pelaksanaan
                                                              program MyCHAMPION COMBI serta memperkukuh peranan
                                                              kepimpinan komuniti dalam pembudayaan cara hidup sihat
                                                              dan kelestarian alam sekitar khususnya dalam pencegahan dan
                                                              kawalan denggi.
        Komuniti                                              MyCHAMPION COMBI merupakan inisiatif KKM yang digerakkan

                                                              oleh sukarelawan terlatih sebagai penghubung antara
                                                              kementerian dan komuniti pada peringkat akar umbi dalam
                                                              usaha membanteras penyakit bawaan vektor seperti denggi,
                                                              chikungunya dan lain-lain. Mesyuarat ini juga menjadi platform
        Pembudayaan cara hidup                                penting untuk merangka pelan tindakan, berkongsi isu dan
                                                              amalan terbaik serta memperkukuh kerjasama antara negeri dan
        sihat dan kelestarian                                 kebangsaan.

        alam sekitar khususnya                                Pada hari terakhir mesyuarat, sesi penutup telah disempurnakan
                                                              oleh Pengarah Bahagian Pendidikan Kesihatan, Puan Suraiya
                                                              Syed Mohamed. Dalam amanat yang disampaikan, beliau
        dalam pencegahan dan                                  menekankan kepentingan sukarelawan sebagai penggerak
                                                              utama kesedaran dan perubahan tingkah laku kesihatan dalam
        kawalan denggi.                                       komuniti. Pemimpin dan sukarelawan MyCHAMPION COMBI turut
                                                              digesa untuk terus berperanan sebagai suri teladan (role model)
                                                              unggul dalam usaha pembudayaan hidup sihat dan kelestarian
                                                              persekitaran bagi menyahut cabaran serta menggunakan sebaik
                                                              mungkin sumber dan keistimewaan yang disediakan oleh KKM
                                                              dari semasa ke semasa.


                                                                                    MYHEALTH FOR LIFE     SEPTEMBER 2025  23
   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32