Page 28 - e-Majalah MyHEALTH Disember 2025
P. 28

KESIHATAN

                       GIGI                                    PENYAKIT GUSI



                                                              APA YANG PERLU ANDA TAHU



                                                              diberus dalam keadaan sihat walaupun menggunakan berus
                                                              yg keras. Satu mitos yang amat popular dalam kalangan
                                                              masyarakat mengatakan kehilangan gigi adalah sebahagian
                                                              daripada proses semulajadi penuaan. Gigi dikatakan akan luruh
                                                              seperti mana tanda lain seperti tumbuhnya uban. Sebenarnya
                                                              tanpa penyakit gusi dan gigi, gigi kita boleh bertahan dan kekal
                                                              sepanjang hayat.

                                                              Apakah Kesan Jangka Panjang Penyakit Gusi Ini?

                                                              Penyakit gusi yang kronik boleh menyumbang kepada
                                                              keterukan atau terjadinya penyakit di bahagian badan yang lain
                                                              seperti jantung, paru-paru, ginjal, otak dan lain-lain. Jangkitan
                                                              dari mulut boleh memberi kesan kepada fungsi organ lain
                                                              secara langsung atau tidak langsung. Ini adalah kerana mulut
                                                              juga sebahagian daripada badan dan merupakan pintu masuk
                                                              kebanyakan jangkitan.

                                                              Bagi pesakit kencing manis, amat penting untuk menjaga
                                                              kesihatan gusi kerana terdapatnya kesan dua hala antara
                                                              kedua-dua penyakit ini. Jangkitan pada gusi yang teruk dan
                                                              berterusan akan menyukarkan kawalan paras gula dalam
                                                              badan. Begitu juga sebaliknya, keadaan gula yang tidak
                                                              terkawal akan menyebabkan penyakit gusi bertambah teruk.

                                                              Bagi merawat penyakit gusi pada peringkat lanjut, rawatan
                                                              yang diperlukan adalah lebih kompleks dan memerlukan
                                                              perbelanjaan yang lebih tinggi untuk ditanggung oleh pesakit
                                                              atau kerajaan.

                                                              Penyakit Gusi yang Boleh Dicegah serta Rawatan yang Boleh
                                                              Diberikan

                                                              Penyakit gusi boleh dicegah jika dikesan pada peringkat awal.
                                                              Malangnya kebanyakan pesakit hanya datang mendapatkan
                                                              rawatan apabila penyakit telah pun berada pada peringkat
                                                              lewat dan menyebabkan gigi tidak dapat diselamatkan.

                                                              Penyakit gusi agak sukar dikesan kerana ia tidak menyakitkan
        Ada pelbagai penyakit gusi yang boleh terjadi di dalam   atau mengganggu pesakit. Biasanya, ia hanya dapat diketahui
        mulut tetapi yang paling kerap ditemui adalah gingivitis dan   dengan cara mendapatkan pemeriksaan gusi yang lebih
        periodontitis. Gingivitis adalah penyakit gusi peringkat awal
        yang mana hanya gingiva (gusi yang terlibat). Jika dikesan dan   menyeluruh daripada doktor pergigian. Oleh itu, semua
        dirawat pada peringkat ini, pesakit boleh sembuh sepenuhnya.   individu disarankan untuk mendapatkan pemeriksaan gigi dan
                                                              saringan gusi sekurang-kurangnya setahun sekali. Jika didapati
                                                              pesakit mempunyai masalah gusi, rawatan awal akan dibuat di
        Apabila penyakit telah merebak ke struktur-struktur yang   klinik berkenaan dan jika penyakit telah pun merebak, pesakit
        mengelilingi (menyokong) gigi, ia dinamakan periodontitis.
        Ketika ini ia tidak boleh berbalik seperti asal tetapi boleh   akan dirujuk ke klinik Pakar Periodontik untuk rawatan lanjut.
        sembuh dan dikawal daripada menjadi lebih teruk dan merebak.   Penjagaan kebersihan mulut adalah amat penting untuk
        Keadaanya sama jika penyakit ini berlaku di sekeliling implan   mencegah penyakit gusi kerana punca utamanya adalah
        pergigian, cuma namanya sahaja berbeza iaitu mukositis peri-  kuman yang sentiasa ada di dalam mulut dan ianya
        implan untuk peringkat awal dan peri-implantitis jika ianya
        telah merebak.                                        bergantung kepada keadaan sistem imun badan melawannya.
                                                              Oleh itu, amat penting untuk menjaga gigi serta gusi dengan
                                                              baik dan juga mengamalkan gaya hidup sihat.
        Tanda paling awal penyakit gusi adalah gusi berdarah terutama
        semasa memberus gigi. Ramai menyangka keadaan ini adalah   Sumber: Bulletin Bahagian Kesihatan Pergigian Selangor
        normal, tetapi pada hakikatnya gusi tidak akan berdarah ketika   123 Senyum Bil 7 Jan-April 2025


    24 DISEMBER 2025     MYHEALTH FOR LIFE
   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32