Page 24 - e-Majalah MyHEALTH Disember 2025
P. 24

MAK ABAH, ANAK TAKUT JUMPA ORANG? PERLU RISAU TAK?
                                    Menangani Fobia Sosial Kanak-Kanak


        Perkembangan sosial kanak-kanak bermula sejak bayi lagi. Ia   atas adalah antara kisah kanak-kanak yang berkemungkinan
        merupakan satu proses kanak-kanak belajar berhubung dengan   mengalami fobia sosial. Fobia sosial boleh berlaku sekiranya
        orang lain mengikut cara yang telah didedahkan oleh budaya   tahap psikososial tidak dicapai dengan baik sejak bayi. Ianya
        dan masyarakat setempat.                             adalah keengganan kanak-kanak untuk terlibat dengan aktiviti
                                                             yang melibatkan orang lain serta ketakutan untuk berhadapan
        Perkembangan sosial kanak-kanak bermula sejak bayi lagi. Ia   dengan situasi sosial.
        merupakan satu proses kanak-kanak belajar berhubung dengan   Kanak-kanak yang berhadapan dengan fobia sosial akan
        orang lain mengikut cara yang telah didedahkan oleh budaya   menunjukkan simptom-simptom seperti berikut :
        dan masyarakat setempat.
                                                             1. Simptom Pemikiran:
        Perkembangan sosial kanak-kanak terdiri daripada kemahiran   •  “Kawan-kawan tak suka saya”
        berinteraksi dengan orang lain, pembentukan identiti kendiri,   •  “Saya tak pandai”
        penghargaan kendiri dan kawalan kendiri.
        Menurut Erikson (1965), perkembangan psikososial manusia   2. Simptom fizikal:
        boleh dikategorikan kepada 8 tahap. 4 daripada tahap tersebut   •  Tangan mudah sejuk dan berpeluh
        wujud pada zaman kanak-kanak iaitu tahap :             •  Menggeletar
                                                               •  Sakit Perut/ Pening
        1.  Basic Trust vs Mistrust – Kepercayaan vs ketidakpercayaan   •  Muka merah
          (0-1 tahun):
          Pada tahap ini bayi menghadapi konflik di antara   3. Simptom emosi:
          mempercayai atau tidak alam di sekelilingnya iaitu penjaga,   •  Risau/ Bimbang
          ibu, bapa atau orang lain. Keperluan asas yang diperlukan   •  Malu yang teramat sangat
          pada masa ini ialah makanan, perhatian, kasih sayang dan   •  Sedih/ Marah
          lain-lain simulasi. Sekiranya semua keperluan ini dipenuhi   •  Takut dengan pelbagai perkara (Takut orang lain menilai
          bayi akan membesar dengan mempunyai harapan dan        diri, takut dimalukan, takut diri bertindak bodoh)
          kepercayaan terhadap orang di sekelilingnya.
                                                             4. Simptom tingkah laku :
        1.  Autonomy vs Shame and Doubt – Autonomi vs keraguan   •  Takut dan tidak berminat untuk ke sekolah
          (1-3 tahun):                                         •  Mengelak daripada terlibat dengan aktiviti bersama rakan
          Pada tahap ini kanak-kanak menghadapi konflik sosial iaitu   •  Sentiasa mengharapkan kehadiran ibu bapa di sisi
          di antara menunjukkan sikap autonomi atau berasa ragu   •  Kurang kontak mata apabila berkomunikasi
          dalam menghadapi dunia ini. Interaksi sosial yang kritikal   •  Perasaan malu yang teramat sangat untuk berhadapan
          pada tahap ini ialah dengan ibu bapa yang mana jika ibu   dengan orang lain
          bapa terlalu menggunakan kuasa autonomi kanak-kanak   •  Takut untuk bergaul dengan orang baru dalam hidup selain
          akan merasa sangsi terhadap kebolehan mereka sendiri.   keluarga
          Kegagalan memenuhi tahap ini boleh menyebabkan rasa   •  Rasa sangat takut sekiranya dikritik atau dimalukan
          rendah diri dan rasa sangsi terhadap kebolehan sendiri.  •  Pendiam dan tidak banyak bergaul dengan kawan-kawan
                                                               •  Tantrum atau mengamuk apabila kemahuan tidak dipenuhi
        1.  Initiative vs Guilt – Inisiatif vs rasa bersalah (4-5 tahun):
          Pada tahap ini kanak-kanak cuba untuk berdikari, ingin   Bagaimana ibu bapa boleh membantu?
          memilih sendiri perkara yang disukai. Sekiranya tidak
          mendapat sokongan boleh menyebabkan mereka rasa    1.  Jangan memarahi anak di hadapan orang ramai kerana ini
          bersalah.                                            akan meningkatkan tahap fobia sosial mereka
                                                             2.  Sentiasa dedahkan anak dengan keadaan persekitaran
        1.  Industry vs Inferiority – Industri vs rasa rendah diri (6-11   yang sibuk supaya mereka boleh menyesuaikan diri dengan
          tahun):                                              persekitaran
          Pada tahap ini kanak-kanak boleh berfikir secara deduktif,   3.  Galakkan anak untuk berborak bersama dan selami perasaan
          cenderung untuk tahu bagaimana sesuatu proses berlaku.   mereka
          Mereka sudah boleh membaca, menulis, mengira, melukis   4.  Beri kata-kata positif, pujian dan penghargaan kepada anak
          dan lain-lain. Rasa rendah diri berlaku bila menyedari mereka   untuk meningkatkan rasa harga diri
          tidak dapat melakukan banyak perkara. Sekiranya tahap ini   5.  Sentiasa peluk dan belai anak sekiranya dalam keadaan
          tidak diatasi dengan baik boleh mengakibatkan anak rasa diri   takut supaya dia berasa selamat dan selesa
          sebagai seorang yang gagal dan tidak berguna.      6.  Ajar anak untuk bertenang dan merasai perasaan selesa bagi
                                                               menghilangkan ketakutan
                                                             7.  Berjumpa dengan pakar kanak-kanak/ ahli psikologi atau
        Apa Itu Fobia Sosial?                                  kaunselor bagi khidmat nasihat dan kaunseling.

        Fobia sosial merujuk kepada individu yang mempunyai   Sumber: http://myhealth.moh.gov.my/menangani-fobia-sosial-kanak-
        ketakutan yang melampau pada situasi sosial yang     kanak/
        menyebabkan dia menjauhi orang ramai . Kisah Jammy di   Semakan akhir: 10 Mei 2024

    20 DISEMBER 2025     MYHEALTH FOR LIFE
   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29