Page 27 - e-Majalah MyHEALTH Disember 2025
P. 27
Ministry of Health Malaysia
Perlindungan
Kasih daripada
Ibu untuk
Bayi dengan
Imunisasi Tdap
Penyakit pertusis atau batuk kokol boleh
menyebabkan batuk berpanjangan yang teruk
dan kesukaran bernafas kepada bayi. Bayi boleh
dijangkiti pertusis daripada ibu dan ahli keluarga
terdekat.
Untuk melindungi bayi, Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM) kini menyediakan imunisasi Tdap
yang melindungi daripada penyakit pertusis,
tetanus dan difteria. Imunisasi ini membantu
ibu menghasilkan antibodi dan menyalurkannya
kepada bayi melalui plasenta, memberikan
perlindungan awal sehingga bayi menerima
imunisasi lengkap pada umur 5 bulan.
• Boleh didapati di Klinik
Kesihatan, Klinik Ibu dan Imunisasi Tdap
Anak, dan Klinik Desa untuk Ibu,
• Imunisasi diberikan pada
28 sehingga 32 minggu Perlindungan
IMUNISASI kehamilan untuk Bayi
TDAP BAGI
IBU HAMIL • Disarankan untuk diambil
bagi setiap kehamilan Sila rujuk doktor anda
untuk maklumat lanjut
MYHEALTH FOR LIFE DISEMBER 2025 23

