Page 26 - e-Majalah MyHEALTH Disember 2025
P. 26
KENALI ANGIN AHMAR
Hindari Kesengsaraan dan Ketidakupayaan dalam Kehidupan
Apa itu angin ahmar?
Angin ahmar atau strok berlaku apabila saluran darah ke otak
tersumbat atau pecah, menyebabkan sel otak kekurangan
oksigen dan mati. Kerosakan ini lazimnya kekal dan boleh
menjejaskan keupayaan bercakap, bergerak atau berfikir.
Tanda-tanda amaran:
• Lemah atau kebas pada muka, tangan atau badan sebelah
bahagian
• Penglihatan kabur atau hilang sebelah mata
• Sukar bercakap atau memahami percakapan
• Sakit kepala teruk secara tiba-tiba
• Pening dan hilang keseimbangan
Serangan Iskemia Sementara (TIA)
Lebih kurang 1/3 kes-kes angin ahmar didahului dengan
Serangan Iskemia Sementara (TIA). Ini terjadi disebabkan
gangguan sementara bekalan darah ke otak. Serangan ini
merupakan amaran awal yang seringkali diabaikan. Dapatkan
rawatan segera apabila serangan ini terjadi.
Faktor risiko utama:
• Tekanan darah tinggi yang tidak dikawal
• Merokok
• Menghidap penyakit jantung
• Paras kolesterol yang tinggi
• Meminum minuman beralkohol berlebihan
• Menghidap penyakit diabetes (kencing manis) yang tidak
dikawal
“ • Pernah mendapat angin ahmar atau TIA
BERTINDAKLAH - CEGAH ANGIN AHMAR.
• Tidak bersenam
• Tekanan mental
UBAH CARA HIDUP ANDA YANG TIDAK SIHAT.
Kebanyakan faktor risiko ini saling berkaitan.
Jika anda menghidap penyakit tertentu yang berkaitan,
dapatkan rawatan segera.
1. Dapatkan pemeriksaan perubatan secara berkala untuk
mengesan penyakit-penyakit yang disebutkan di atas,
terlebih awal.
2. Kawal tekanan darah – Kekalkan berat badan ideal,
kurangkan garam, kawal stres, amalkan permakanan sihat
dan patuhi rawatan doktor.
3. Berhenti merokok – Nikotin dan karbon monoksida
meningkatkan risiko darah beku dan tekanan darah tinggi.
4. Bersenam selalu – Sekurang-kurangnya 30 minit, lima kali
seminggu.
5. Kawal diabetes – Gula tinggi menjejaskan saluran darah
dan meningkatkan risiko strok.
6. Urus tekanan mental – Lakukan aktiviti riadah, beribadah
atau dapatkan kaunseling.
7. Berhati-hati dengan pil perancang – Dapatkan nasihat
doktor sebelum mengambilnya, terutamanya bagi wanita
berusia 30 tahun ke atas atau perokok.
22 DISEMBER 2025 MYHEALTH FOR LIFE

