Page 8 - Vaksin Sinovac
P. 8
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
16 APAKAH KESAN SAMPINGAN VAKSIN COVID-19 CORONAVAC?
Vaksin ini adalah selamat dan kesan sampingan yang telah dilaporkan adalah ringan dan
bersifat sementara. Kesan sampingan ringan yang kerap dilaporkan adalah seperti berikut:
• Sakit di tempat suntikan • Kemerahan di tempat suntikan
• Pembengkakan di tempat suntikan • Loya
• Keletihan (tiredness) • Sakit tekak
• Sakit kepala • Berasa tidak sihat
• Sakit otot • Cirit birit
• Menggigil • Pembengkakan kelenjar limfa
• Sakit sendi • Kesan-kesan sampingan yang mungkin akan
• Demam dilaporkan dari semasa ke semasa.
• Hilang selera makan
• Sakit perut
Walaupun sangat jarang berlaku, ada kemungkinan vaksin COVID-19 CoronaVac boleh
menyebabkan reaksi alahan yang teruk. Gejala alahan yang teruk biasanya berlaku dalam
tempoh beberapa minit hingga satu jam setelah menerima vaksin COVID-19 CoronaVac.
17 SEKIRANYA SAYA MENGALAMI KESAN SAMPINGAN SELEPAS
SUNTIKAN, APA YANG SAYA PERLU LAKUKAN?
Sekiranya anda mengalami kesan sampingan, sila dapatkan rawatan dengan segera di klinik
kesihatan atau hospital terdekat. Sila laporkan kesan sampingan selepas menerima vaksin
COVID-19 CoronaVac melalui aplikasi MySejahtera atau secara atas talian di laman
sesawang: www.npra.gov.my [Consumers > Reporting Side Effects to Medicines (ConSERF)
or Vaccines (AEFI)]. Anda kemungkinan juga mendapat kesan sampingan yang lain yang
belum pernah dilaporkan sebelum ini.
COVID 19
CORONAVIRUS
VACCINE
VAKSINCORONAVACSINO VA C 07 Dikemaskini pada
2 Julai 2021