Page 7 - Vaksin Sinovac
P. 7

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
























                               15            APAKAH PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN SELEPAS MENERIMA


                                             SUNTIKAN VAKSIN COVID-19 CORONAVAC?




                                                 Setelah menerima suntikan vaksin COVID-19 CoronaVac, penerima vaksin perlu:


                                                   1.    Berada di ruang pemerhatian yang ditetapkan sekurang-kurangnya selama 15 minit.





                                                   2.    Anda  mesti memaklumkan kepada petugas  kesihatan atau mendapatkan rawatan

                                                         segera sekiranya anda mengalami tanda-tanda berikut selepas menerima vaksin


                                                         COVID 19 CoronaVac:




                                                         •         Kesukaran bernafas

                                                         •         Pembengkakan muka, bibir dan tekak


                                                         •         Denyutan jantung yang sangat cepat

                                                         •         Ruam teruk timbul di seluruh badan

                                                         •         Berasa pening dan lemah tubuh badan





                                                   3.    Penerima vaksin perlu sentiasa mengamalkan norma baharu dan mengikuti langkah

                                                         pencegahan penyakit COVID-19.





                                                   4.    Anda perlu menyimpan kad vaksinasi yang diberi oleh anggota kesihatan. Apabila anda

                                                         mendapat  dos pertama, anda akan  diberi  kad vaksinasi  dan  tarikh temu  janji bagi

                                                         mendapatkan dos kedua vaksin COVID-19 CoronaVac.









































               COVID 19
                 CORONAVIRUS
               VACCINE


                               VAKSINCORONAVACSINO VA C                                                                                   06          Dikemaskini pada
                                                                                                                                                        2 Julai 2021
   2   3   4   5   6   7   8   9