Page 5 - Vaksin Sinovac
P. 5

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA












                                10            ADAKAH VAKSIN COVID-19 CORONAVAC SELAMAT

                                              PENGGUNAANNYA DI MALAYSIA?




                                                  Pihak  Berkuasa  Kawalan  Dadah  Malaysia  (Drug  Control  Authority  of  Malaysia)  telah

                                                  meluluskan pendaftaran bersyarat bagi penggunaan vaksin ini di Malaysia.





                                                  Kebenaran Penggunaan semasa Kecemasan (EUA) juga telah diluluskan oleh beberapa

                                                  agensi regulatori lain seperti di Mexico, Brazil, Chile, Paraguay, China, Hong Kong, Turki,

                                                  Kemboja dan Indonesia.







                                11            APAKAH YANG PERLU SAYA MAKLUMKAN KEPADA PETUGAS


                                              KESIHATAN SEBELUM MENERIMA SUNTIKAN VAKSIN COVID-19


                                              CORONAVAC?



                                                  Maklumkan kepada petugas kesihatan sekiranya anda:



                                                     •       Mempunyai sejarah alahan yang teruk


                                                     •       Sedang menjalani rawatan yang melemahkan sistem imun badan

                                                     •       Mempunyai penyakit saraf teruk seperti Tranverse Myelitis, Guillian-Barre Syndrome,

                                                             Demyelinating Disease


                                                     •       Mempunyai penyakit kronik teruk yang tidak terkawal

                                                     •       Sedang mengandung atau merancang untuk hamil

                                                     •       Sedang menyusukan bayi


                                                     •       Telah menerima vaksin COVID-19 daripada jenama yang lain








                                12            APAKAH BAHAN-BAHAN YANG TERKANDUNG DALAM VAKSIN


                                              COVID-19 CORONAVAC?



                                                  Vaksin COVID-19 CoronaVac terdiri daripada virus SARS-CoV-2 yang telah mati dan tidak

                                                  aktif.  Bahan-bahan  lain  adalah  aluminium hydroxide, disodium hydrogen phosphate,


                                                  monosodium dihydrogen  phosphate,  sodium  chloride, sodium  hydroxide, and  water  for

                                                  injection.





                                                  Vaksin COVID-19 CoronaVac tidak mengandungi alkohol dan bahan pengawet.











               COVID 19
                 CORONAVIRUS
               VACCINE


                               VAKSINCORONAVACSINO VA C                                                                                  04            Dikemaskini pada
                                                                                                                                                         2 Julai 2021
   1   2   3   4   5   6   7   8   9