Page 9 - Vaksin Sinovac
P. 9
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
18 BOLEHKAH SAYA MENOLAK UNTUK MENERIMA SUNTIKAN VAKSIN
COVID-19 CORONAVAC?
ANDA BOLEH MEMILIH untuk tidak menerima vaksin kerana penerimaan vaksin COVID-19
CoronaVac ini adalah secara sukarela. Sekiranya anda mempunyai penyakit kronik dan
warga emas, penerimaan vaksin ini boleh mengurangkan risiko keterukan penyakit apabila
anda dijangkiti.
19 BAGAIMANA SAYA BOLEH MENDAPATKAN MAKLUMAT LEBIH
LANJUT BERKAITAN VAKSIN COVID-19 CORONAVAC?
1. Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut, sila rujuk kepada petugas
kesihatan berhampiran.
2. Anda juga boleh melayari laman sesawang yang mengandungi maklumat yang lebih
tepat dan dipercayai seperti:
• https://www.vaksincovid.gov.my
• https://npra.gov.my
• WHO: www.who.int
COVID 19
CORONAVIRUS
VACCINE
VAKSINCORONAVACSINO VA C 08 Dikemaskini pada
2 Julai 2021