Page 6 - Vaksin Sinovac
P. 6

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA














                                13            BAGAIMANA VAKSIN COVID-19 CORONAVAC DIBERIKAN?



                                                  Vaksin COVID-19 CoronaVac akan diberikan secara suntikan ke dalam otot bahu. Anda akan

                                                  menerima sebanyak dua (2) dos vaksin dalam selang masa 21 hari (14 hingga 28 hari). Anda


                                                  hendaklah menerima kedua-dua dos lengkap bagi memastikan perlindungan optimum.

                                                  Bagaimanapun, vaksin ini tidak memberi jaminan untuk melindungi semua orang daripada

                                                  jangkitan COVID-19. Vaksin ini diberi bertujuan untuk mengurangkan risiko mendapat gejala


                                                  teruk dan kematian akibat COVID-19.










                                14            ADAKAH SAYA AKAN DILINDUNGI SEPENUHNYA SELEPAS


                                              MENERIMA VAKSIN COVID-19 CORONAVAC?



                                                  Antibodi  akan  mula  terbentuk  selepas  dos  pertama  diberikan.  Walau  bagaimanapun,

                                                  pembentukan antibodi hanya mencapai tahap optimum selepas pemberian dos kedua. Ini

                                                  bermakna individu yang disuntik vaksin COVID-19 CoronaVac hanya akan dilindungi secara


                                                  optimum selepas menerima kedua-dua dos. Walaupun seseorang itu telah menerima dos

                                                  lengkap vaksin, beliau masih perlu mengamalkan langkah pencegahan seperti

                                                  mengamalkan 3W iaitu Wash, Wear, Warn dan mengelakkan 3C iaitu mengelakkan Confined


                                                  space (Sempit),  Crowded (Sesak) dan  Close  conversation  (Sembang  dekat).  Walau

                                                  bagaimanapun, pada masa ini, tempoh perlindungan jangka panjang terhadap COVID-19

                                                  masih belum diketahui.




















































               COVID 19
                 CORONAVIRUS
               VACCINE


                               VAKSINCORONAVACSINO VA C                                                                                  05            Dikemaskini pada
                                                                                                                                                         2 Julai 2021
   1   2   3   4   5   6   7   8   9