Page 3 - Vaksin Sinovac
P. 3
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
04 APAKAH HUKUM PENGAMBILAN VAKSIN COVID-19?
Majlis Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama
Islam yang bersidang pada 3 Disember 2020 mengambil ketetapan bahawa hukum
penggunaan vaksin COVID-19 adalah HARUS DAN WAJIB DIAMBIL oleh golongan yang
ditetapkan oleh kerajaan.
05 SIAPAKAH YANG LAYAK MENERIMA VAKSIN COVID-19 CORONAVAC?
Semua penduduk Malaysia layak menerima vaksin COVID-19 CoronaVac KECUALI
GOLONGAN TERTENTU.
06 SIAPA YANG TIDAK LAYAK MENERIMA VAKSIN COVID-19
CORONAVAC?
Anda tidak layak menerima vaksin COVID-19 CoronaVac sekiranya anda:
• Mempunyai alahan kepada vaksin COVID-19 CoronaVac atau mana-mana bahan
kandungan vaksin COVID-19 CoronaVac (sila lihat bahagian Penerangan Produk).
Tanda-tanda tindak balas alahan mungkin termasuk ruam atau kegatalan kulit, sesak
nafas dan bengkak pada muka atau lidah.
• Mempunyai sejarah alahan terhadap mana-mana vaksin yang lain
• Mempunyai penyakit neurologi yang serius seperti radang saraf tunjang (transverse
myelitis), demyelinating diseases dan sindrom Guillain-Barre
• Mempunyai penyakit teruk dan/atau kronik yang tidak terkawal
• Pemberian vaksin kepada individu yang sedang mengalami penyakit akut (acute
disease, acute exacerbation of chronic disease) dan demam perlu ditangguhkan.
COVID 19
CORONAVIRUS
VACCINE
VAKSINCORONAVACSINO VA C 02 Dikemaskini pada
2 Julai 2021