Page 8 - Garis Panduan Perkhidmatan Klinik Berhenti Merokok_2022
P. 8
• Tabiat merokok begitu ketara di kalangan lelaki dengan prevalens
sebanyak 43.0%, iaitu melibatkan jumlah penduduk melebihi 4.8
juta orang.
• Peningkatan yang ketara dalam penggunaan produk tembakau
tanpa asap (smokeless tobacco) dari 0.7% pada tahun 2011
kepada 10.9% pada tahun 2015. Penggunaan produk tembakau
tanpa asap ini merangkumi aktiviti menghidu tembakau,
mengunyah tembakau atau penggunaan rokok elektronik.
• Setakat Jun 2015, terdapat 69 hospital Kementerian Kesihatan
yang AKTIF menyediakan perkhidmatan klinik berhenti merokok.
Klinik ini menawarkan khidmat nasihat dan farmakoterapi
berpandukan Clinical Practice Guidelines (2016) yang digariskan
oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (Global Adult Tobacco
Survey , 2011).
Manakala hasil dapatan NHMS 2017 menunjukkan prevalens merokok
semasa dalam kalangan remaja meningkat dari 11.6% pada tahun
2012 kepada 13.8% pada tahun 2017. Prevalens merokok dalam
kalangan remaja lelaki meningkat dari 20.9% pada tahun 2012 kepada
GARIS PANDUAN PERKHIDMATAN KLINIK BERHENTI MEROKOK DI UNIT PENDIDIKAN KESIHATAN
22.4% pada tahun 2017. Manakala prevalens merokok dalam kalangan
remaja perempuan meningkat lebih dua kali ganda iaitu dari 2.1% pada
tahun 2012 kepada 5.3% pada tahun 2017.
1.2 Rasional mewujudkan garis panduan
• Adalah wajar sekiranya perkhidmatan ini diperkemaskan lagi bagi
• Perkhidmatan Klinik Berhenti Merokok di bawah kendalian Pegawai
memastikan keberkesanan perkhidmatan ini dan memberi impak
Pendidikan Kesihatan telah dipilih sebagai KPI Ketua Pengarah
yang lebih menyeluruh serta menyokong kepada Pelan Strategik
Kesihatan (KPK) Malaysia (No. rujukan surat: KKM 87/P1/19/5 Jld.3
Kawalan Tembakau Kebangsaan (2014 - 2020).
(53) bertarikh 6 Mei 2015)
• Selaras dengan penerbitan Clinical Practise Guidelines (CPG)
3
Treatment of Tobacco Use Disorder untuk kegunaan pengendali
KBM yang diterbitkan pada Disember 2016 oleh Unit Kawalan
Tembakau dan Sekretariat FCTC, NCD KKM.
4
4