Page 6 - Garis Panduan Perkhidmatan Klinik Berhenti Merokok_2022
P. 6

GARIS PANDUAN PERKHIDMATAN KLINIK BERHENTI MEROKOK DI UNIT PENDIDIKAN KESIHATAN

               BAB 1



               1.0     PENGENALAN


                       1.1    Masalah merokok di Malaysia



                              Ketagihan merokok telah menjadi masalah global yang sukar ditangani
                              di seluruh dunia termasuk Malaysia.  Walaupun kesan buruknya

                              diketahui umum tetapi masih berlaku peningkatan jumlah perokok.


                              Merokok merupakan penyebab utama kematian awal yang mampu

                              diubah. Di Malaysia setiap satu dari lima kematian adalah akibat dari
                              merokok. Adalah dianggarkan seramai 10,000 rakyat Malaysia mati

                              setiap tahun akibat merokok.


                              Penyelidikan dan kajian telah menghasilkan banyak bukti yang
                              konsisten dan meyakinkan tentang hubungkait penggunaan tembakau

                              dan  merokok.  Merokok  dikaitkan  dengan  penyakit  pulmonari,

                              kardiovaskular  yang  serius  dan  juga  penyakit  kanser  serta  40  jenis
                              penyakit yang lain.


                              Melalui  NHMS  2015,  tabiat  merokok  menjadi  antara  salah  satu  skop

                              utama kajian. Hasil dapatan kajian melaporkan:


                              •  Pelbagai kempen telah dijalankan bagi meningkatkan kesedaran

                                 penduduk tentang bahaya merokok. Akan tetapi, prevalensnya
                                 masih lagi tinggi dan tidak menunjukkan penurunan berbanding

                                 kajian-kajian sebelum ini.


                              •  Prevalens merokok di kalangan penduduk berumur  15 tahun ke

                                 atas adalah sebanyak 22.8% dan melibatkan anggaran penduduk

                                 seramai 5 juta orang.

                                                                                                         2








        2
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11