Page 7 - Garis Panduan Perkhidmatan Klinik Berhenti Merokok_2022
P. 7

GARIS PANDUAN PERKHIDMATAN KLINIK BERHENTI MEROKOK DI UNIT PENDIDIKAN KESIHATAN







                              •  Tabiat merokok begitu ketara di kalangan lelaki dengan prevalens
                                 sebanyak 43.0%, iaitu melibatkan jumlah penduduk melebihi 4.8

                                 juta orang.


                              •  Peningkatan yang ketara dalam penggunaan produk tembakau

                                 tanpa asap (smokeless tobacco) dari 0.7% pada tahun 2011
                                 kepada 10.9% pada tahun 2015. Penggunaan produk tembakau

                                 tanpa asap ini merangkumi aktiviti menghidu tembakau,
                                 mengunyah tembakau atau penggunaan rokok elektronik.



                              •  Setakat Jun 2015, terdapat 69 hospital Kementerian Kesihatan
                                 yang  AKTIF  menyediakan perkhidmatan klinik berhenti merokok.

                                 Klinik ini menawarkan khidmat  nasihat  dan  farmakoterapi

                                 berpandukan  Clinical  Practice  Guidelines  (2016)  yang  digariskan
                                 oleh  Kementerian  Kesihatan  Malaysia  (Global  Adult  Tobacco

                                 Survey , 2011).


                              Manakala hasil dapatan NHMS 2017 menunjukkan prevalens merokok
                              semasa dalam kalangan remaja meningkat dari 11.6%  pada tahun

                              2012 kepada 13.8% pada tahun 2017. Prevalens merokok dalam

                              kalangan remaja lelaki meningkat dari 20.9% pada tahun 2012 kepada
                              22.4% pada tahun 2017. Manakala prevalens merokok dalam kalangan

                              remaja perempuan meningkat lebih dua kali ganda iaitu dari 2.1% pada
                              tahun 2012 kepada 5.3% pada tahun 2017.


                       1.2    Rasional mewujudkan garis panduan



                              •  Perkhidmatan Klinik Berhenti Merokok di bawah kendalian Pegawai
                                 Pendidikan  Kesihatan  telah  dipilih  sebagai  KPI  Ketua  Pengarah

                                 Kesihatan (KPK) Malaysia (No. rujukan surat: KKM 87/P1/19/5 Jld.3

                                 (53) bertarikh 6 Mei 2015)


                                                                                                         3




                                                                                                                3
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12