Page 4 - Garis Panduan Perkhidmatan Klinik Berhenti Merokok_2022
P. 4
GARIS PANDUAN PERKHIDMATAN KLINIK BERHENTI MEROKOK DI UNIT PENDIDIKAN KESIHATAN
Pendahuluan
okumen ini disediakan sebagai garis
panduan dan sokongan kepada
Dprofesional kesihatan di hospital dalam
usaha untuk mengendalikan perkhidmatan
klinik berhenti merokok. Perkhidmatan
ini merupakan antara strategi dalam Pelan
Strategik Kawalan Tembakau Kebangsaan
(2021 - 2030) bagi menurunkan prevalens
merokok atau ketagihan nikotin dalam kalangan
rakyat Malaysia.
Perkhidmatan Klinik Berhenti Merokok
merupakan komponen penting dalam Pelan
Strategik Kawalan Tembakau Kebangsaan
(2021 - 2030) berlandaskan jangkaan bahawa
perokok adalah penyumbang majoriti kepada
kematian akibat penggunaan tembakau pada
masa hadapan. Jumlah kematian akan tetap
meningkat jika perokok dewasa tidak berhenti
merokok walaupun terdapat penurunan dalam
kalangan golongan muda yang mula merokok.
Oleh itu, adalah amat penting untuk orang
dewasa yang merokok berhenti merokok untuk
membendung masalah kesihatan awam dengan
kadar segera.
Dokumen ini menjelaskan dengan terperinci
aspek pengendalian perkhidmatan berhenti
merokok melalui pendekatan intervensi
modifikasi tingkah laku. Teknik-teknik yang
ada dalam garis panduan ini boleh diguna pakai
oleh profesional kesihatan bagi meningkatkan
tahap pencapaian peratusan berhenti merokok.
ii