Page 16 - emagJun2026
P. 16
INFO KESIHATAN
GOUT
JEJAS KUALITI HIDUP
Sendi bengkak kesan lebihan asid urik dalam darah dan tisu badan
Umat Islam di Malaysia baru sahaja meraikan Hari Raya Aidiladha
yang sinonim dengan ibadah korban serta hidangan seperti sate,
lodeh, sup tulang dan gulai.
Namun di sebalik kemeriahan ini, pengambilan makanan tinggi
purin secara berlebihan boleh mencetuskan serangan gout. Jika
tidak dikawal, nikmat beraya boleh bertukar menjadi kesakitan
apabila sendi tiba-tiba membengkak dan berdenyut.
Gout adalah sejenis penyakit disebabkan berlebihan asid urik di
dalam salur darah dan tisu badan. Asid urik adalah bahan kumuhan
berasal daripada sejenis protein yang dipanggil purin. Badan kita
membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin).
Bagi penghidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang
dan berkumpul di dalam sendi.
Tanda-tanda gout
Lazimnya menyerang ibu jari kaki dan
sendi kecil.
Ibu jari jadi merah, panas, bengkak dan
tersangat sakit.
Serangan berlaku secara tiba-tiba,
kerap kali semalaman.
Kesakitan sangat sensitif, walaupun
sentuhan ringan seperti selimut boleh
menyakitkan
Kesakitan boleh berlarutan beberapa
hari hingga 1-2 minggu jika tidak
dirawat.
Boleh berulang selepas beberapa
minggu atau bulan.
Boleh juga menyerang buku lali, lutut,
pergelangan tangan dan jari
Komplikasi
Pembentukan benjolan dipanggil tophi
di bawah kulit berhampiran sendi
Pembentukan batu karang dalam
saluran urinari (air kencing)
12 JUN 2026 MYHEALTH FOR LIFE

