Page 12 - emagJun2026
P. 12
“Cabaran terbesar bukanlah kekurangan maklumat,
sebaliknya bagaimana mengubah pemikiran dan
tingkah laku masyarakat”
Harapan Buat Masa Depan
Menjelang persaraannya, Puan Suraiya sebagai
ketua profesion sering berpesan agar Pegawai
Pendidikan Kesihatan terus kreatif dan berani
meneroka teknologi baharu seperti Kepintaran
Buatan (AI) serta menerapkan sains tingkah laku
dalam penyampaian kesihatan awam. Beliau mahu
legasi yang ditinggalkan bukan sekadar inisiatif fizikal,
tetapi perubahan cara berfikir yang berterusan dalam
kalangan rakyat.
Puan Suraiya Syed Mohamed mengakhiri
perkhidmatan cemerlang di Kementerian
Kesihatan Malaysia pada 2 Jun 2026.
Sehubungan dengan itu, warga Bahagian
Pendidikan Kesihatan merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan dan
ucapan terima kasih atas segala jasa
dan sumbangan beliau sepanjang
menerajui bahagian ini. Segala usaha,
idea dan legasi yang ditinggalkan akan
terus menjadi inspirasi kepada warga
kerja untuk meneruskan perjuangan
dalam membudayakan hidup sihat
dalam kalangan masyarakat.
Semoga segala bakti dan khidmat
yang dicurahkan menjadi amal yang
berpanjangan serta terus dikenang
sepanjang zaman.
Selamat bersara, Puan Suraiya
Syed Mohamed.
8 JUN 2026 MYHEALTH FOR LIFE

