Page 7 - emagJun2026
P. 7

KHABAR ANMS NEGERI

           BUDAYA HIDUP SIHAT JADI PILIHAN




            SAMBUTAN WOPAD DAN KARNIVAL KECERGASAN


                                           ZON UTARA 2026






        Meriah! Lebih 1,500 pengunjung membanjiri
        Dataran Dato’ Sheikh Ahmad, Perlis baru-baru
        ini sempena Sambutan Hari Aktiviti Fizikal
        Sedunia (WOPAD) Peringkat Kebangsaan 2026
        dan Karnival Kecergasan Zon Utara 2026.

        Peserta daripada pelbagai lapisan
        masyarakat hadir menunjukkan sokongan
        padu terhadap usaha membudayakan
        hidup sihat, menjadikan program ini bukan
        sekadar program kecergasan tetapi sebuah
        perhimpunan komuniti yang penuh inspirasi.
        Acara ini diserikan dengan keberangkatan Duli
        Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin
        Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail,
        Raja Muda Perlis, yang berkenan mencemar
        duli menyertai rakyat jelata berjalan kaki
        sejauh 3 kilometer.
        Keberangkatan Baginda mencerminkan
        hubungan erat institusi diraja dengan rakyat,                       Semarak semangat kesihatan
        selain menjadi simbol sokongan terhadap
        agenda kesihatan negara. Kehadiran Baginda                          Dalam majlis yang sama, Cabaran Langkah
        turut menyuntik semangat kepada para                                Sihat 90 Hari antara Jabatan Kesihatan Negeri di
        peserta untuk terus aktif dan mengamalkan                           seluruh negara turut dilancarkan, bermula 27 April
        budaya hidup sihat.                                                 hingga 25 Julai 2026. Inisiatif ini menggunakan
                                                                            platform digital bagi menggalakkan penjawat
        Turut hadir memeriahkan program ialah                               awam memperkukuh semangat berpasukan dan
        kepimpinan tertinggi Kementerian Kesihatan                          pembudayaan hidup sihat.
        Malaysia serta wakil kerajaan negeri Perlis
        yang bersama-sama menyatakan komitmen                               Hal ini kerana hampir 30 peratus rakyat negara ini
        dalam memperkukuh agenda                                            masih tidak aktif secara fizikal, manakala majoriti
        kesihatan awam.                                                     dewasa tidak mencapai tahap aktiviti sukan yang
                                                                            disarankan. Lebih membimbangkan, gaya hidup
                                                                            sedentari semakin meningkat dan menjadi antara
                                                                            faktor risiko utama penyakit tidak berjangkit
                                                                            seperti diabetes, hipertensi dan penyakit jantung.
                                                                            Sehubungan itu, orang ramai turut diingatkan
                                                                            untuk menjaga keselamatan ketika bersenam
                                                                            terutama dalam cuaca panas dengan memastikan
                                                                            hidrasi mencukupi dan mengelakkan aktiviti luar
                                                                            pada waktu tengah hari.

                                                                            Dalam pada itu, pelbagai pertandingan turut
                                                                            diadakan bagi memeriahkan lagi program
                                                                            tersebut. Antaranya, Pertandingan Sukan Lawnball
                                                                            KKM, Pertandingan X-Break HePiLI, Pertandingan
                                                                            Menu Sihat, Pertandingan Mewarna dan Explore
                                                                            Race Sihat, Cergas dan Ceria.
                                                                            Secara keseluruhannya, program ini bukan sahaja
                                                                            menyemarakkan semangat kesihatan, tetapi juga
                                                                            menjadi platform penting dalam membentuk
                                                                            masyarakat yang lebih aktif, sihat dan sejahtera.


                                                                                        MYHEALTH FOR LIFE     JUN 2026  3
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12