Page 9 - emagJun2026
P. 9
INISIATIF ANMS
Runding Cara Pembudayaan Hidup Sihat
Selain saringan, aspek pendidikan
kesihatan turut menjadi keutamaan.
Pegawai Pendidikan Kesihatan akan
menjalankan sesi runding cara khusus
untuk membantu mereka yang
telah menjalani saringan komposisi
badan, memahami status risiko dan
mengamalkan budaya hidup sihat secara
menyeluruh.
Antara fokus utama runding cara ini
termasuk menggalakkan aktiviti fizikal
secara konsisten, pemilihan makanan
yang sihat dan selamat, kepentingan
tidur yang mencukupi dan pemantauan
berterusan selepas perubahan tingkah
laku dilakukan. Pendekatan ini bukan
sahaja memberi pengetahuan, malah
membentuk kesedaran dan motivasi
untuk berubah.
Bagi memastikan keberkesanan sesi
runding cara, klien akan menjawab
soalan kefahaman selepas sesi
berlangsung. Maklum balas ini penting
untuk menilai tahap pemahaman
klien di samping membantu pegawai
menambah baik kualiti penyampaian
runding cara dari semasa ke semasa.
Secara keseluruhannya, pendekatan
yang komprehensif melalui saringan
dan pendidikan ini memberi peluang
kepada masyarakat untuk mengenali
tubuh sendiri dengan lebih baik,
seterusnya mengambil langkah proaktif
ke arah kehidupan yang lebih sihat dan
berkualiti.
Sehingga kini, perkhidmatan ini
dibawakan oleh 16 unit WOW di seluruh
negara bagi membolehkan capaian
yang lebih meluas.
MYHEALTH FOR LIFE JUN 2026 5

