Page 8 - emagJun2026
P. 8

INISIATIF ANMS































                                                              TAWAR SARINGAN



        WoWKOMPOSISI BADAN




           JOM            STATUS RISIKO KESIHATAN ANDA!

        KETAHUI



        Komposisi badan merujuk kepada
        beberapa komponen tubuh iaitu air, otot,
        mineral dan lemak yang menyumbang
        kepada jumlah berat badan seseorang.
        Memahami komposisi badan membantu
        kita melihat risiko kesihatan dengan lebih
        jelas, bukan hanya bergantung kepada
        berat badan semata-mata.
        Melalui inisiatif perkhidmatan
        kesejahteraan kesihatan secara jangkau
        luar menerusi Wellness on Wheels (WoW),
        saringan komposisi badan yang dijalankan
        dapat memberitahu status risiko kesihatan
        seseorang. Saringan ini menilai beberapa
        parameter penting seperti peratus lemak
        badan, jisim otot dan tahap lemak visceral
        iaitu lemak yang terkumpul di sekitar
        organ dalaman. Berdasarkan dapatan ini,
        klien akan dikategorikan kepada risiko
        rendah, sederhana atau tinggi.
        Bagi mereka yang berada dalam kategori
        risiko sederhana dan tinggi, tindakan
        susulan akan diambil dengan merujuk
        klien ke fasiliti kesejahteraan kesihatan
        iaitu Wellness Hub yang terdapat di seluruh
        negara. Pendekatan ini memastikan setiap
        individu mendapat sokongan berterusan
        dalam usaha memperbaiki tahap
        kesihatan mereka.



    4  JUN 2026     MYHEALTH FOR LIFE
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13