Page 9 - GARIS PANDUAN GERAN PROJEK PROMOSI KESIHATAN MYCHAMPION endorsed 23092025 (1)
P. 9

3.3.       Permohonan hendaklah dikemukakan dalam Bahasa Melayu.






        4. SILING PERUNTUKAN




          4.1.      Tiada siling permohonan geran ditetapkan. Walau
                    bagaimanapun, Jawatankuasa Induk GPPKM berhak membuat
                    keputusan mengikut kadar penilaian sewajarnya dan tidak
                    tertakluk kepada kos keseluruhan pelaksanaan projek sahaja.


          4.2.      Jawatankuasa Induk GPPKM berhak menentukan ciri dan aspek
                    yang ingin dipertimbangkan dalam kertas cadangan.


          4.3.      Keputusan kelulusan jumlah geran adalah MUKTAMAD dan
                    sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan. KKM tidak
                    dipertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian oleh pertubuhan.




        5.  PERJANJIAN BERTULIS


          5.1.      Bagi permohonan projek yang diluluskan, KKM akan mengeluarkan:


                    i.    Surat Kelulusan GPPKM berserta syarat pelaksanaan yang
                          diluluskan oleh jawatankuasa; dan


                    ii.   Perjanjian Penerimaan GPPKM


          5.2.      Perjanjian yang telah ditandatangani dan dimeterai perlu dihantar
                    secara  fizikal  kepada:

                    Urus Setia
                    Geran Projek Promosi Kesihatan Mychampion
                    Bahagian Pendidikan Kesihatan
                    Aras 3, Blok E10, Kompleks E
                    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
                    62590 Putrajaya

          5.3.      Surat Kelulusan GPPKM dan Perjanjian Penerimaan GPPKM
                    yang telah  dimeterai adalah MUKTAMAD  dan sebarang
                    perubahan pada syarat pelaksanaan projek   adalah  TIDAK
                    DIBENARKAN.










              GARIS PANDUAN GERAN PROJEK PROMOSI KESIHATAN MyCHAMPION                                           8
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14