Page 5 - GARIS PANDUAN GERAN PROJEK PROMOSI KESIHATAN MYCHAMPION endorsed 23092025 (1)
P. 5
1. PENGENALAN
Garis panduan ini adalah untuk menjelaskan peraturan-peraturan Geran
Projek Promosi Kesihatan MyCHAMPION (GPPKM) kepada pertubuhan yang
memohon untuk menjalankan projek pendidikan dan promosi kesihatan
dalam membudayakan amalan hidup sihat dan kelestarian persekitaran yang
menyokong kesihatan ke arah rakyat Malaysia sihat sejahtera.
2. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
2.1. Pertubuhan yang memenuhi syarat-syarat berikut adalah layak
untuk membuat permohonan bantuan kewangan:
2.1.1. Pertubuhan yang berkenaan hendaklah berdaftar dengan
salah satu agensi pendaftaran pertubuhan seperti berikut:
i. Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS); atau
ii. Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Belia (ROY); atau
iii. Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PPS); atau
iv. Mana-mana pertubuhan yang didaftarkan di bawah
agensi pendaftaran pertubuhan yang lain. Antaranya
seperti berikut:
• Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM),
• Persatuan Veteran Pasukan Beruniform Malaysia,
• Kawasan Rukun Tetangga,
• Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)
• Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan
Kampung
• Jawatankuasa Penduduk di bawah Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT)
*Senarai ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa
2.1.2. Projek yang dimohon hendaklah berkaitan dengan
pembudayaan hidup sihat dan kelestarian persekitaran kepada
komuniti di bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS)
yangtidak berasaskan keuntungan atau kepentingan politik.
2.1.3. Projek yang dilaksanakan mestilah mempunyai objektif yang
khusus dan kumpulan sasar yang spesifik.
2.1.4. Pelaksanaan projek perlu menunjukkan keberhasilan
transformasi (transformational outcome) yang mengandungi
satu atau gabungan elemen-elemen seperti berikut:
GARIS PANDUAN GERAN PROJEK PROMOSI KESIHATAN MyCHAMPION 4

