Page 7 - GARIS PANDUAN GERAN PROJEK PROMOSI KESIHATAN MYCHAMPION endorsed 23092025 (1)
P. 7
vi. Permohonan baharu tidak dipertimbangkan selagi pertubuhan tidak
menyelesaikan projek yang telah diluluskan di bawah GPPKM;
vii. Tuntutan bayaran (reimbursement) bagi projek yang SEDANG
BERLANGSUNG atau TELAH TAMAT;
viii. Permohonan yang tidak lengkap, tidak memenuhi mana-mana syarat
yang dinyatakan dalam garis panduan dan tidakmemenuhi syarat
tempoh terimaan permohonan; dan
ix. Permohonan daripada Kementerian, Jabatan dan Pejabat/ Agensi
Kerajaan.
2.5. Pertubuhan yang diluluskan permohonan hendaklah mempromosikan
ANMS dan MyCHAMPION di pelbagai saluran media termasuk media cetak,
elektronik, platform digital serta saluran media sosial.
3. KAEDAH PERMOHONAN
3.1. Pertubuhan hendaklah mengisi borang permohonan rasmi
GPPKM secara dalam talian (online) melalui pautan Google Forms
https://forms.gle/6z56zwsikPCApxuu8
3.2. Pertubuhan hendaklah juga memuat naik dokumen-dokumen seperti
berikut:
3.2.1. Salinan Sijil Pendaftaran Pertubuhan terkini yang disahkan oleh
agensi pendaftaran pertubuhan (termasuk maklumat pendaftaran
cawangan, sekiranya berkaitan); (untuk pertubuhan yang berdaftar
selain daripada ROS, ROY dan PPS, perlu mendapatkan perakuan
pengesahan pendaftaran daripada agensi pendaftaran
berkaitan (contoh: pasukan KRT lokaliti berdaftar-perlu
mendapatkan perakuan pengesahan daripada Pejabat
Perpaduan Daerah; Jawatankuasa Penduduk/ Majlis
Pengurusan Komuniti Kampung/ Jawatankuasa Pengurusan
Komuniti Kampung (JPKK) berdaftar-perlu mendapatkan
perakuan pengesahan daripada Pihak Berkuasa Tempatan/
Pejabat Daerah)
3.2.2. Laporan kewangan terkini yang telah diaudit (sekiranya pertubuhan
yang berdaftar adalah lebih satu tahun);
3.2.3. Penyata akaun bank rasmi pertubuhan;
GARIS PANDUAN GERAN PROJEK PROMOSI KESIHATAN MyCHAMPION 6

