Page 4 - GARIS PANDUAN GERAN PROJEK PROMOSI KESIHATAN MYCHAMPION endorsed 23092025 (1)
P. 4

RINGKASAN PERMOHONAN GPPKM

        1.  Geran Projek Promosi Kesihatan MyCHAMPION (GPPKM) merupakan
            satu inisiatif Kerajaan bermula tahun 2025 bertujuan untuk memberi
            fokus ke atas pelaksanaan projek pendidikan dan promosi kesihatan
            dalam membudayakan hidup sihat dan kelestarian persekitaran
            yang menyokong kesihatan ke arah rakyat Malaysia sihat sejahtera.


        2.  Tempoh permohonan bermula dari 1 Januari hingga 15 Oktober setiap
            tahun atau  tertakluk kepada baki peruntukan GPPKM tahun semasa.


        3.  Bagi permohonan yang diluluskan, projek hendaklah dimulakan
            dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh kontrak perjanjian dimeterai.


        4.  Pertubuhan hanya boleh melaksanakan projek setelah geran diluluskan. KKM
            tidak akan menanggung sebarang pertambahan kos terhadap projek yang
            dirancang.

        5.  Bayaran GPPKM akan dibuat sepenuhnya (100%) dengan keperluan dokumen
            seperti berikut:

          i.     Kontrak perjanjian yang ditandatangan dan dimeterai;

          ii.    Pelan pelaksanaan terkini berdasarkan terma dan syarat
                 kelulusan yang diputuskan oleh jawatankuasa;


          iii.   Perincian  perbelanjaan  berdasarkan  jumlah  kelulusan  terkini;


        6.  Borang Permohonan GPPKM boleh dilengkapkan melalui pautan borang Google
            (Google Forms) https://forms.gle/6z56zwsikPCApxuu8


        7.  Pertubuhan akan dimaklumkan mengenai bayaran yang diterima melalui
            e-mel yang didaftarkan melalui eVendor. Borang pendaftaran eVendor boleh
            dimuat turun dari pautan https://evendor.anm.gov.my/





























        3           GARIS PANDUAN GERAN PROJEK PROMOSI KESIHATAN MyCHAMPION
   1   2   3   4   5   6   7   8   9