Page 10 - GARIS PANDUAN GERAN PROJEK PROMOSI KESIHATAN MYCHAMPION endorsed 23092025 (1)
P. 10

5.4.      Ketidakpatuhan terhadap mana-mana syarat yang telah
                    dinyatakan  dalam Surat Kelulusan Pemberian Geran akan
                    menyebabkan pemohon disenarai hitam dan permohonan tidak
                    layak dipertimbangkan bagi insentif  atau bantuan pada masa
                    akan datang;


          5.5.      Pemohon yang didapati mengemukakan laporan palsu
                    penganjuran,  Jawatankuasa  GPPKM  berhak  untuk  menarik  balik
                    kelulusan dan tindakan perundangan akan diambil.


          5.6.      Pemohon perlu bertanggungjawab dan jujur dalam maklumat
                    dan dokumen yang dikemukakan. Urus setia berhak menuntut
                    apa-apa dokumen sokongan sekiranya diperlukan.

        6. TANGGUNGJAWAB PEMOHON


          6.1.       Sebelum projek berlangsung


                    i.    Pemohon hendaklah membaca, memahami melengkapkan
                          dan mengemukakan Borang Setuju Terima kepada urus setia
                          dalam  tempoh 14 hari.


                    ii.   Sekiranya tiada maklum balas diterima dalam tempoh 14 hari,
                          tawaran geran adalah TERBATAL.


                    iii.   projek  hendaklah  dimulakan  selewat-lewatnya  dalam
                          tempoh tiga (3) bulan dari tarikh kontrak perjanjian dimeterai.


          6.2.       Semasa projek berlangsung


                    i.    Pemohon hendaklah memastikan pelaksanaan dan
                          penganjuran  projek mengikut syarat-syarat pelaksanaan
                          seperti yang dinyatakan di dalam Surat Kelulusan Pemberian
                          Geran;


                    ii.   Pemohon hendaklah memastikan tidak berlaku
                          penyalahgunaan  dalam apa jua bentuk, selain daripada
                          syarat pelaksanaan yang telah diluluskan oleh jawatankuasa.


          6.3.       Selepas projek berlangsung


                    i.    Pemohon  hendaklah  mengemukakan  Laporan  akhir  lengkap
                          yang disahkan oleh Pengerus dan Bendahari Pertubuhan








        9           GARIS PANDUAN GERAN PROJEK PROMOSI KESIHATAN MyCHAMPION
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15