Page 6 - GARIS PANDUAN GERAN PROJEK PROMOSI KESIHATAN MYCHAMPION endorsed 23092025 (1)
P. 6

i.      Aktiviti fizikal;
                             ii.     Pemakanan sihat dan selamat;
                             iii.    Saringan kesihatan;
                             iv.     Minda sihat;
                             v.      Anti tembakau dan rokok elektronik/ vape;
                             vi.     Kelestarian persekitaran; dan
                             vii.    Program kesejahteraan kesihatan lain yang dipersetujui
                                     oleh jawatankuasa.

            2.2.  Tempoh permohonan bermula dari 1 Januari hingga 15 Oktober
                 setiap tahun. Walau bagaimanapun, pertimbangan permohonan
                 tertakluk kepada baki peruntukan GPPKM tahun semasa.


            2.3.  Pelaksanaan projek yang dianjurkan hendaklah:

                 i.   Dijalankan secara fizikal di Malaysia
                 ii.  Bersesuaian  dan selari dengan bidang keutamaan, dasar serta
                      objektif Kementerian Kesihatan Malaysia dalam menjadikan rakyat
                      Malaysia sihat sejahtera.
                 iii.  Tidak bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia atau menyentuh
                      isu-isu sensitif yang boleh membangkitkan kegusaran dan menggugat
                      ketenteraman negara  seperti isu agama, perkauman dan politik.


            2.4.  Permohonan yang tidak layak dipertimbangkan adalah seperti
                 berikut:

                 i.   Projek yang mempromosikan produk dan jenama berkaitan dengan
                      tembakau, rokok elektronik/ vape, alkohol, judi dan mana-mana
                      perkara yang bertentangan dengan polisi KKM;


                 ii.  Projek  yang menerima  bantuan  kewangan  daripada  syarikat
                      tembakau, rokok elektronik/ vape, alkohol dan perjudian atau ejen
                      yang berkaitan;


                 iii.  Pertubuhan yang telah dibatalkan pendaftaran oleh agensi
                      pendaftaran pertubuhan;

                 iv.  Permohonan bertujuan untuk pembangunan aplikasi/ kandungan/
                      laman web;

                 v.  projek berunsur  politik atau  keagamaan  melibatkan sensitiviti
                      masyarakat/ kaum;













        5           GARIS PANDUAN GERAN PROJEK PROMOSI KESIHATAN MyCHAMPION
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11