Page 10 - Garis Panduan Perkhidmatan Konsultasi Secara Maya-2022
P. 10
5. Objektif
5.1 Mengurangkan kesesakan di klinik kesihatan.
5.2 Meningkatkan kecapaian pelanggan kepada perkhidmatan kesihatan
primer.
5.3 Mengamalkan norma baru bagi mengelakkan penularan penyakit
berjangkit seperti COVID-19.
5.4 Mengurangkan bilangan sesi lawatan secara fizikal ke klinik bagi
memutuskan rantai jangkitan penyakit berjangkit seperti COVID-19.
5.5 Merealisasikan inisiatif KKM kearah pendigitalan kesihatan negara.
6. Polisi Am
6.1 Perkhidmatan Konsultasi Secara Maya perlu mengikut piawaian
perkhidmatan di klinik kesihatan dengan menyediakan perkhidmatan yang
sistematik dan berkualiti. Penjagaan Kesihatan Primer yang optima mestilah
berpandukan kepada Standard Operating Procedures (SOP), Clinical
Practice Guidelines (CPG), Pekeliling dan lain-lain arahan semasa sejajar
dengan pendigitalan kesihatan.
6.2 Preskripsi ubat baru dan pengeluaran sijil sakit adalah tidak termasuk dalam
skop penyediaan perkhidmatan ini.
7. Skop Perkhidmatan Konsultasi Secara Maya
7.1 Jabatan Pesakit Luar
a) Perkhidmatan konsultasi pelan penjagan bagi kes kronik seperti
Non-Communicable Disease (NCD), Communicable Disease (CD),
respiratory disease dan lain-lain.
b) Pemakluman keputusan ujian makmal dan radiologi.
c) Pendidikan kesihatan.
d) Pemberian janji temu lawatan susulan.
e) Perkhidmatan Klinik Berhenti Merokok (KBM).
f) Direct Observed Treatment Short-Course (DOTS) untuk pesakit TB.
g) Rawatan susulan pesakit Human Immunodeficiency Virus (HIV).
7.2 Kesihatan Ibu dan Anak
a) Aktiviti antenatal seperti ‘booking’ dan lawatan susulan bagi kes
antenatal.
b) Perkhidmatan perancang keluarga.
GARIS PANDUAN PERKHIDMATAN KONSULTASI SECARA MAYA DI KLINIK KESIHATAN 3