Page 8 - Garis Panduan Perkhidmatan Konsultasi Secara Maya-2022
P. 8

1. Pengenalan
                 Perkhidmatan Telemedicine telah diperkenalkan semenjak tahun 1997,  untuk
                 Pegawai Perubatan di fasiliti luar bandar melakukan konsultasi dengan pakar di
                 hospital, terutama di Sabah dan Sarawak.
                 Pada Mei 2018, Pendigitalan Kesihatan telah menjadi salah satu resolusi
                 Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA). Susulan itu, Kementerian Kesihatan
                 Malaysia (KKM) komited untuk melaksanakan perkhidmatan pendigitalan
                 kesihatan bagi meningkatkan kecapaian kepada penjagaan kesihatan yang
                 bersepadu, berkualiti dan mampan di Malaysia.
                 Perkhidmatan  Klinik  Virtual  di  klinik  kesihatan  telah  digariskan  di  bawah  inisiatif
                 National Health Reform Agenda pada 2019 dan juga terkandung di dalam
                 Rancangan  Malaysia  ke  12.  Ia  telah  diumumkan  pada  Hari  Terbuka  Electronic
                 Medical Record pada 2 Mei 2019. Perkhidmatan ini dahulunya dikenali sebagai
                 Klinik Virtual, dan kini telah  membuat penjenamaan semula kepada Perkhidmatan
                 Konsultasi Secara Maya (Virtual Consultation Services).
                 Garis Panduan Perkhidmatan Konsultasi Secara Maya di klinik kesihatan
                 diwujudkan sebagai panduan kepada anggota kesihatan di klinik kesihatan yang
                 terlibat  di  seluruh  Malaysia.  Sebelum  ini,  garis  panduan  telah  disediakan  bagi
                 perkhidmatan ini dengan menggunakan sistem  Skype for Business pada tahun
                 2019 dan tahun 2020 menggunakan aplikasi BookDoc.

               2. Proof of Concept (PoC)
                 Pada 11 Mac 2019, Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga (BPKK) telah diberi
                 mandat oleh YB Menteri Kesihatan untuk melaksanakan Perkhidmatan Konsultasi
                 Secara Maya secara Proof of Concept (PoC) di klinik kesihatan terpilih bagi tempoh
                 satu (1) tahun bermula 14 Ogos 2019 hingga 13 Ogos 2020.
                 Bagi pelaksanaan PoC ini, BPKK telah mengenalpasti keperluan untuk
                 menyediakan Perkhidmatan Konsultasi Secara Maya seperti garis panduan,
                 keperluan peralatan ICT, kesediaan anggota klinik kesihatan dan sistem yang
                 bersesuaian. Untuk PoC ini  Skype for Business, MyGovUC telah dikenalpasti
                 sebagai sistem yang bersesuaian. Dengan itu, KKM telah berkerjasama dengan
                 pihak Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
                 untuk menggunakan sistem tersebut.
                 Lima (5) klinik kesihatan telah dipilih berdasarkan beban kerja, kesesuaian fasiliti
                 bangunan dan lokasi  kedudukan klinik (bandar dan pinggir bandar) serta klinik
                 yang menggunakan sistem Tele Primary Care (TPC) dan tanpa kemudahan TPC.
                 Klinik kesihatan yang dipilih bagi melaksanakan Perkhidmatan Konsultasi Secara
                 Maya untuk PoC adalah seperti berikut;
                  a) Klinik Kesihatan Seksyen 7, Shah Alam, Selangor
                  b) Klinik Kesihatan Presint 18, Putrajaya, WP Putrajaya
                  c) Klinik Kesihatan Seberang Jaya, Pulau Pinang
                  d) Klinik Kesihatan Luyang, Sabah
                  e) Klinik Kesihatan Tudan, Sarawak

               GARIS PANDUAN PERKHIDMATAN KONSULTASI SECARA MAYA DI KLINIK KESIHATAN   1
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13