Page 9 - Garis Panduan Perkhidmatan Konsultasi Secara Maya-2022
P. 9
Sepanjang tempoh pelaksanaan PoC, sejumlah 3,101 orang telah berdaftar dan
daripada jumlah itu, seramai 2,406 (78%) orang telah berjaya menggunakan
perkhidmatan ini tanpa ganguan rangkaian.
3. Peluasan Perkhidmatan Konsultasi Secara Maya
Perkhidmatan Konsultasi Secara Maya ini dipeluaskan daripada 5 klinik kesihatan
kepada 40 klinik kesihatan semasa pandemik COVID-19 pada tahun 2020.
Peluasan ini dapat meneruskan kecapaian masyarakat kepada penjagaan
kesihatan primer di samping mengelakkan penularan jangkitan COVID-19 dalam
kalangan pelanggan dan anggota kesihatan.
Bagi peluasan ini, KKM telah mengenalpasti sistem alternatif bagi kesinambungan
perkhidmatan ini memandangkan kontrak Skype for Business pihak MAMPU tamat
pada 31 Disember 2020. Sistem diperolehi melalui penyumberluaran dengan
Syarikat BookDoc secara kontrak bermula 1 September 2020 hingga 30 April 2022.
Setelah kontrak dengan syarikat BookDoc tamat maka KKM telah bekerjasama
sekali lagi dengan pihak MAMPU untuk menggunakan sistem Google Workspace
(GWS) MyGovUC 2.0 melalui aplikasi Google Meet bagi peluasan Perkhidmatan
Konsultasi Secara Maya di seluruh Malaysia sementara menunggu platform
Electronic Medical Record (EMR) dibangunkan untuk KKM.
4. Definisi
4.1 Konsultasi Maya adalah satu kaedah penyampaian Perkhidmatan Kesihatan
Secara Maya (virtual), langsung (live) dan interaktif yang merangkumi
konsultasi klinikal dan pelan rawatan pelanggan di antara anggota
kesihatan dan pelanggan.
4.2 Perkhidmatan pelengkap adalah perkhidmatan yang disediakan melalui
Perkhidmatan Konsultasi Secara Maya sebagai pelengkap kepada
perkhidmatan klinik sedia ada untuk memudahkan pelanggan menerima
perkhidmatan kesihatan. Perkhidmatan ini boleh menjimatkan masa dan kos
pengangkutan, mengurangkan sesi lawatan ke klinik dan tidak perlu
menunggu lama di klinik kesihatan.
4.3 Anggota Kesihatan adalah anggota pelaksana yang terlibat atau
menyediakan Perkhidmatan Konsultasi Secara Maya di klinik kesihatan.
4.4 Pelanggan adalah individu yang layak untuk menggunakan Perkhidmatan
Konsultasi Secara Maya dan mempunyai kemudahan alat komunikasi serta
rangkaian internet yang stabil.
4.5 Persetujuan secara bertulis adalah persetujuan yang dibuat oleh pelanggan
secara bertulis melalui Borang Persetujuan Konsultasi Secara Maya
(Lampiran 3) bagi pelanggan yang layak mendapatkan Perkhidmatan
Konsultasi Secara Maya.
GARIS PANDUAN PERKHIDMATAN KONSULTASI SECARA MAYA DI KLINIK KESIHATAN 2