Page 9 - e-Majalah MyHEALTH Disember 2025
P. 9
INISIATIF ANMS
Tidak ketinggalan peserta juga boleh
melihat Kraftangan Perak dan mencuba
sendiri penghasilan labu sayong.
Paling menarik masyarakat setempat
berpeluang melihat demo masakan
dan mencuba permainan tradisional
serta aktiviti interaktif seperti kayuhan
basikal elektronik dan Sepak Bola Gergasi
bersama pempengaruh.
Kehadiran selebriti dan pempengaruh
media sosial seperti Bella Astillah,
Wany Hasrita, Papa Ayie, The Pretty
Mamas, Nur Amirah, Farahanim, Syamim
Hasni, Dilrupa dan Joshua Michael
menambahkan lagi keceriaan dan
meriahkan suasana program. Pengunjung
bukan sahaja berpeluang mendekati
figura tersebut, malah berpeluang
berinteraksi dan menyertai aktiviti
bersama-sama mereka.
Pertandingan Karaoke dan Pakaian
Beragam: Hulubalang Perak dan Srikandi
Perak juga mencatat penyertaan yang
memberangsangkan daripada penduduk
sekitar.
Terima kasih kepada warga Bagan Datuk
atas sambutan yang amat menggalakkan
dan tahniah kepada semua pemenang!
MYHEALTH FOR LIFE DISEMBER 2025 5

