Page 8 - e-Majalah MyHEALTH Disember 2025
P. 8

INISIATIF ANMS































           PEMPENGARUH HADIR MERIAHKAN



                          AKTIVITI JELAJAH ANMS








        Pelbagai aktiviti menarik yang
        dianjurkan semasa Jelajah
        Agenda Nasional Malaysia
        Sihat (ANMS) : Moh Kita Sihat
        berjaya menarik hampir 6,000
        orang pengunjung dari pelbagai
        lapisan masyarakat untuk
        memeriahkan Dewan Dato’ Lope
        Hashim, Bagan Datuk, Perak.





        Antara aktiviti yang mendapat sambutan
        hangat sepanjang hari tersebut rawatan
        intervensi klinikal melibatkan pemeriksaan
        kesihatan asas seperti pemeriksaan gula
        dalam darah dan tekanan darah, derma
        darah, saringan merokok dan pemeriksaan
        gigi yang berlangsung di Laman Saring.
        Pengunjung juga berpeluang melakukan
        pemeriksaan mata dan fisioterapi di lokasi
        tersebut.
        Mereka yang hadir juga gembira dapat
        bermain sukan rakyat seperti boling kelapa,
        baling selipar, telefon tin, sepak raga dan
        capteh di Laman Aktif.





    4  DISEMBER 2025     MYHEALTH FOR LIFE
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13