Page 12 - e-Majalah MyHEALTH Disember 2025
P. 12

INISIATIF ANMS



                                  Sambutan











                                                         Peringkat Kebangsaan 2025




         Usaha Peringatan Berterusan Untuk Meningkatkan
         Kesedaran Kesihatan Masyarakat





















                                               Healthy Living Mall menjadi konsep pilihan untuk sambutan Bulan Malaysia Sihat
                                               Sejahtera (BMSS) peringkat Kebangsaan 2025 yang berlangsung di pusat beli-
                                               belah AEON Mall AU2 Setiawangsa pada September lalu. Ternyata ia menarik
                                               minat ramai pengunjung untuk menyertai aktiviti yang dianjurkan dalam usaha
                                               memberi pendekatan baharu dalam membudayakan hidup sihat dalam kalangan
                                               rakyat Malaysia.

                                               Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, sambutan bulan ini
                                               bukan sekadar diadakan sekali setahun, sebaliknya dijadikan sebagai peringatan
                                               berterusan sepanjang 12 bulan untuk meningkatkan kesedaran kesihatan
                                               masyarakat.

                                               “Sambutan kali ini mengetengahkan konsep Healthy Living Mall dengan menjadikan
                                               pusat beli-belah sebagai platform melaksanakan inisiatif pembudayaan hidup
                                               sihat, selain rutin membeli-belah seisi keluarga.

                                               “Sebanyak 28 pusat beli-belah AEON Mall telah melaksanakan aktiviti mall walking
                                               yang menggalakkan orang ramai mengamalkan budaya hidup sihat. Saya kira ini
                                               satu inisiatif yang sangat penting,” katanya.

                                               Pengunjung bukan sahaja berpeluang menyertai pelbagai aktiviti interaktif malah
                                               turut dihiburkan dengan kehadiran artis jemputan seperti Izzue Islam, Hawa
                                               Rizwana, Bella Astillah, Wany Hasrita dan ramai lagi. Sambutan terus hangat
                                               dengan penyertaan orang ramai yang hadir bersama keluarga, memeriahkan
                                               suasana dengan cabutan bertuah dan hadiah menarik!

                                               BMSS merupakan satu inisiatif utama di bawah Agenda Nasional Malaysia
                                               Sihat (ANMS), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Inisiatif ini selari dengan
                                               hasrat Kerajaan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang sihat sejahtera melalui
                                               pembudayaan hidup sihat dengan pendekatan whole of nation.




    8  DISEMBER 2025     MYHEALTH FOR LIFE
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17