Page 7 - e-Majalah MyHEALTH Disember 2025
P. 7
Festival Sihat Itu Saya yang berlangsung di Sibuti,
Sarawak telah dirasmikan oleh YB Timbalan
Menteri Kesihatan, Dato Lukanisman bin Awang
Sauni manakala Jelajah ANMS Moh Kita Sihat di
Bagan Datuk Perak pula dirasmikan oleh Timbalan
Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Diraja
Dr Ahmad Zahid bin Hamidi merangkap Pengerusi
Jawatankuasa Kabinet ANMS.
Kedua-dua acara ini turut mendapat sambutan
menggalakkan daripada penduduk setempat,
agensi kerajaan dan komuniti sekitar, sekaligus
mencerminkan semangat #MalaysiaSihat dalam
memperkukuh budaya hidup sihat di peringkat
akar umbi.
Komponen Utama Program Jelajah ANMS Moh Kita
Sihat Bagan Datuk:
MyCHAMPION bersama Wellness on Wheels
(WoW) Zoomers
Jangkau luar rumah ke rumah dan aktiviti
komuniti di 622 lokaliti, melibatkan hampir
100,000 penduduk.
Larian Jambatan Sultan Nazrin Shah
Hampir 2,000 peserta menyertai kategori 21km,
10km dan 5km sebagai simbol gaya hidup aktif.
Gotong-Royong Mega Perangi Aedes 2.0
Lebih 400 sukarelawan menjalankan pembersihan,
pemeriksaan Aedes dan pendidikan komuniti.
Pencapaian MyChampion:
18,357 sukarelawan berdaftar menjadi
penggerak utama pendidikan kesihatan,
diperkasa melalui Geran Promosi Kesihatan
bernilai RM1.86 juta melibatkan 179 projek
komuniti.
KKM turut membangunkan 33 Wellness
Hub di seluruh negara sebagai pusat sehenti
perkhidmatan preventif dan promosi kesihatan.
1 Impak kepada 3
Meningkatkan Rakyat: Menggalakkan
literasi kesihatan penglibatan aktif
komuniti. masyarakat dalam
gaya hidup sihat.
2
Memudahkan akses
kepada perkhidmatan
pencegahan penyakit
dan promosi kesihatan.
MYHEALTH FOR LIFE DISEMBER 2025 3

