Page 14 - e-Majalah MyHEALTH Disember 2025
P. 14

IKON INSPIRASI
        DIHAN















        IKON AKTIF LUAR BIASA





        Anak Cerebral Palsy pertama menyertai
        acara Duathlon dan menerima
        pengiktirafan Malaysia Book of Records

                                  Foto: Ihsan Wira Sudepja bin Rabu


        Sering kali remaja berusia 17 tahun itu dilihat ketawa
        ceria ketika menyertai acara larian atau berbasikal.
        Ekspresi bahagia yang dikongsi di media sosial menarik
        perhatian MyHEALTHKKM untuk menemubual bapanya,
        Wira Sudepja bin Rabu, bagi berkongsi kisah keluarga yang
        memperjuangkan gaya hidup sihat bersama anak syurga
        mereka sempena Hari Orang Kurang Upaya Sedunia pada
        3 Disember ini.

        Nur Wadihan atau mesra disapa Dihan, menghidap
        Cerebral Palsy jenis Quadriplegia. Walaupun tidak berupaya
        berdiri atau bergerak sendiri, Dihan memiliki minat
        mendalam terhadap aktiviti riadah.



        Perjalanan keluarga ini bukan mudah.   Fasa awal penjagaan Dihan penuh cabaran
        Mengimbas kembali detik kelahiran   dari aspek fizikal, kewangan hingga emosi,”
        pramatang anaknya yang mengalami   katanya sambil memberitahu kos perubatan,
        komplikasi Placental abruption, Wira   susu khas, lampin pakai buang serta
        memberitahu si kecil itu pernah mengalami    peralatan seperti kerusi roda recline, katil
        clinical death selama hampir 10 minit,   hospital dan hoist menelan perbelanjaan
        menunjukkan petanda brain dead dan perlu   besar.
        bergantung kepada alat bantuan hayat
        sebelum menunjukkan tanda pemulihan   Tekanan emosi turut menjejaskan kesihatan
        selepas dua minggu di hospital.    isteri yang mengalami pra-hipertensi,
                                           manakala Wira sendiri berdepan anxiety
        “Jika dunia berubah kerana COVID-19, dunia   atau serangan panik. Namun, semua
        kami pula berubah sejak kehadiran Dihan.   kesulitan itu menjadi titik mula kepada
                                           kisah luar biasa. Minat Dihan terhadap
                                           riadah bermula apabila Wira membawanya
                                           berjalan santai di taman selepas hampir
                                           enam tahun lebih banyak berada di rumah.

                                           “Ketika brisk walk di Putrajaya, kami sering
                                           terserempak dengan kumpulan berbasikal
                                           dan Dihan akan ketawa. Dari situ kami sedar
                                           pergerakan mampu merangsang emosinya.
                                           Maka bermulalah minat untuk berbasikal
                                           menggunakan trailer khas,” jelasnya sambil
                                           menyatakan aktiviti sedemikian bukan
                                           sekadar riadah, tetapi menjadi terapi
                                           emosi dan fizikal buat Dihan serta sumber
                                           kekuatan mental buat ibu bapanya.

    10 DISEMBER 2025     MYHEALTH FOR LIFE
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19