Page 6 - e-Majalah MyHEALTH Disember 2025
P. 6
KHABAR ANMS NEGERI
AKTIVITI JELAJAH ANMS
PENUH MERIAH
MERIAH! Itu gambaran aktiviti Jelajah Agenda
Nasional Malaysia Sihat (ANMS) yang berlangsung
di Sarawak dan Perak, baru-baru ini.
Aktiviti Jelajah ANMS adalah kesinambungan
daripada Kempen Media Promosi Kesihatan
Nasional Agenda Nasional Malaysia Sihat 2024
yang telah diluluskan oleh Memorandum Jemaah
Menteri Pengukuhan dan Peluasan Inisiatif ANMS
Fasa 1 bertarikh 2 Ogos 2023 bagi menyokong
dan memperkasa inisiatif Agenda Nasional
Malaysia Sihat. Jelajah ANMS adalah perkhidmatan
kesihatan secara jangkau luar kepada rakyat yang
bertujuan untuk merealisasikan hasrat Kerajaan
ke arah melahirkan rakyat Malaysia yang sihat
sejahtera dengan meningkatkan literasi kesihatan,
memperkasa dan membina upaya rakyat dalam
pembudayaan hidup dan persekitaran sihat.
Aktiviti ini bukan sekadar program kesihatan,
tetapi komitmen Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM) untuk memperkasakan komuniti dalam
membudayakan gaya hidup sihat dan kelestarian
persekitaran melalui pelbagai perkhidmatan dan
aktiviti.
Pelbagai aktiviti kesihatan dan komuniti dijalankan
sepanjang festival, antaranya perkhidmatan
pergigian, saringan kesihatan, lawatan komuniti
dan gotong-royong serta pameran interaktif
MyCHAMPION. Turut diperkenalkan ialah Wellness
on Wheels (WoW) Zoomers, iaitu perkhidmatan
kesihatan bergerak yang mendekati komuniti luar
bandar secara terus.
2 DISEMBER 2025 MYHEALTH FOR LIFE

