Page 6 - emagJun2026
P. 6

INISIATIF ANMS



        PENDEKATAN KREATIF




        SIHAT ITU SAYA











        Program kecergasan tidak semestinya
        membosankan atau sekadar rutin senaman yang
        sama setiap hari. Ia boleh menjadi sesuatu yang
        menyeronokkan dan paling penting, mampu
        menyatukan warga kerja dalam suasana yang
        lebih santai.
        Inilah yang cuba diketengahkan melalui
        Program Kecergasan Sihat Itu Saya di bawah
        Inisiatif Penjawat Awam Sihat Sejahtera yang
        berlangsung pada Januari lalu.

        Program ini telah dirasmikan dengan kehadiran
        YB Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dzulkefly
        Ahmad, yang turut menyokong usaha
        memperkukuh budaya hidup sihat dalam
        kalangan penjawat awam.
        Dengan pendekatan yang lebih santai dan
        interaktif, program ini berjaya menarik
        penyertaan ramai warga Ibu Pejabat Kementerian
        Kesihatan Malaysia, sekali gus membuktikan
        bahawa kesedaran untuk hidup sihat semakin
        meningkat dalam kalangan penjawat awam.

                                              Aktiviti pembudayaan hidup sihat
                                              Seramai 281 anggota di ibu pejabat Kementerian
                                              Kesihatan Malaysia telah mengambil bahagian,
                                              selain penyertaan seorang wakil daripada
                                              Kementerian Pendidikan. Kehadiran yang
                                              memberangsangkan ini jelas menunjukkan
                                              kesedaran yang semakin meningkat tentang
                                              kepentingan menjaga kesihatan secara
                                              menyeluruh.
                                              Program tersebut bertujuan meningkatkan
                                              penglibatan warga KKM dalam aktiviti
                                              pembudayaan hidup sihat secara berterusan
                                              selain meningkatkan tahap kesihatan fizikal,
                                              mental dan sosial dalam kalangan warga KKM.

                                              Menariknya, pelbagai aktiviti interaktif telah
                                              disediakan bagi menarik penyertaan semua
                                              peringkat umur. Antaranya termasuk stesen Sihat
                                              Itu Saya yang menampilkan sukan rakyat seperti
                                              teng teng, chapteh, baling selipar, lompat getah
                                              dan galah panjang.
                                              Secara keseluruhannya, program ini membuktikan
                                              bahawa usaha memupuk budaya hidup sihat
                                              boleh dilaksanakan dengan pendekatan yang
                                              kreatif dan santai. Ia diharap dapat menjadi
                                              pemangkin kepada lebih banyak inisiatif
                                              seumpamanya pada masa akan datang.

    2  JUN 2026     MYHEALTH FOR LIFE
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11