Page 21 - Dasar Literasi Kesihatan Kebangsaan
P. 21
Pembangunan DLKK bermula dengan perintisan fasa baharu dalam Tinjauan
Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) pada tahun 2019 yang memberi
31 penekanan kepada tahap literasi kesihatan masyarakat. Pada peringkat ini, satu
AGENSI tinjauan populasi menggunakan alat kaji selidik yang telah dibangunkan oleh pihak
perunding (HLS-M-Q18).
Bengkel Kumpulan Berfokus Literasi Kesihatan, Pemerkasaan Komuniti, dan
Mobilisasi (FGD) dilaksanakan bagi membangunkan Kertas Strategi RMK-12 yang
komprehensif dengan tumpuan diberikan kepada aspek tadbir urus inisiatif literasi
kesihatan kebangsaan dan pemerkasaan komuniti melibatkan penyertaan aktif
daripada 31 agensi yang berlainan.
Pada tahun 2023, cadangan pembangunan Dasar Literasi Kesihatan Kebangsaan
(DLKK) dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Agenda Nasional
Malaysia Sihat (ANMS) melibatkan 30 agensi. Seterusnya, syor pembangunan DLKK
mendapat kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Agenda Nasional Malaysia
Sihat (ANMS) Bil 1/2023 dan seterusnya disusuli dengan kelulusan Jemaah Menteri
30 menerusi Memorandum pada 12 Ogos 2023 bagi pelaksanaan Fasa ke-2 inisiatif
AGENSI Agenda Nasional Malaysia Sihat.
Tinjauan Literasi Kesihatan Malaysia telah dilaksanakan bagi menilai tahap literasi
kesihatan dalam kalangan dewasa Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas.
Tinjauan ini dijalankan serentak dengan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan
(NHMS).
DASAR LITERASI KESIHATAN KEBANGSAAN 11