Page 18 - Dasar Literasi Kesihatan Kebangsaan
P. 18
Malaysia telah mengguna pakai kerangka literasi kesihatan Sorensen
dan telah menyesuaikan versi ringkas instrumen kaji selidik dalam
Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (2019) dan Tinjauan Literasi
Kesihatan Malaysia (2023). Instrumen asal mengandungi 47 soalan (HLS-
EU-Q47) dan versi Malaysia yang dipendekkan mengandungi 18 soalan
(HLS-M-Q18). Tahap literasi kesihatan turut diringkaskan kepada tiga
kategori iaitu terhad, mencukupi dan cemerlang.
8 DASAR LITERASI KESIHATAN KEBANGSAAN