Page 26 - Dasar Literasi Kesihatan Kebangsaan
P. 26

ASPIRASI














                     Literasi kesihatan menjadi keutamaan dalam semua sektor dan golongan
                     masyarakat bagi melahirkan individu berpengetahuan dan berkemahiran
                     yang mencukupi bagi membuat keputusan bijak mengenai kesihatan dan

                     kesejahteraan mereka. Aspirasi ini merangkumi beberapa aspek utama iaitu :







                       1. Kesihatan sebagai Tanggungjawab Bersama                         2. Ekosistem Kesihatan yang Diperkukuh dan Inklusif


                     » Mewujudkan budaya di mana kesihatan dianggap sebagai              » Menyumbang kepada pengukuhan sistem penjagaan
                        tanggungjawab bersama antara individu, komuniti, agensi             kesihatan sedia ada terutama di kawasan yang kurang
                        kerajaan, sektor swasta dan semua pihak berkepentingan.             mendapat liputan dan akses kesihatan di Malaysia di
                                                                                            samping mewujudkan persekitaran kesihatan yang inklusif.
                     » Mempromosi kesihatan sebagai usaha kolektif berdasarkan
                        pendekatan Whole-of-Nation bertujuan mewujudkan                  » Ini termasuk meningkatkan kapasiti dan kompetensi
                        persekitaran yang menyokong (supportive environment)                anggota kesihatan dalam meningkatkan kebolehcapaian
                        di mana semua pihak dapat terlibat secara aktif dalam               (aksesibiliti), ketersediaan fasiliti dan perkhidmatan
                        meningkatkan tahap kesihatan rakyat.                                kesihatan, dan pelaksanaan program literasi kesihatan
                                                                                            berasaskan bukti.





                       3. Komuniti yang Bertanggungjawab, Diperkasa dan
                         Berfikiran Kritis                                                4. Kepentingan Membuat Keputusan berasaskan Data

                     » Memupuk rasa bertanggungjawab dan kepunyaan                       » Mekanisme pemantauan dan penilaian pintar adalah
                        kesihatan (ownership in health) dalam kalangan rakyat               untuk memantau dan menilai keberkesanan inisiatif
                        Malaysia. Dengan tahap literasi kesihatan cemerlang,                literasi kesihatan. Pangkalan data sumber terbuka yang
                        individu diperkasa dengan kompetensi untuk memahami                 mengandungi maklumat dan indikator literasi kesihatan
                        maklumat kesihatan dan membuat keputusan (informed                  akan membolehkan pelbagai pihak berkepentingan
                        decision making) ke arah kesejahteraan. Rakyat yang                 membuat keputusan berdasarkan bukti bagi merancang
                        bertanggungjawab akan terlibat secara aktif dalam                   program promosi kesihatan. Ini menganjakkan fokus
                        intervensi kesihatan  ke arah kesihatan yang lebih baik.            daripada penjanaan data deskriptif kepada penggunaan
                                                                                            data dalam meramal, merancang dan membuat perubahan
                                                                                            mengikut keperluan perancangan program.










             16    DASAR LITERASI KESIHATAN KEBANGSAAN
   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31