Page 20 - Dasar Literasi Kesihatan Kebangsaan
P. 20
PEMBANGUNAN DLKK
2019-2020
Pada tahun 2021 dan 2022, satu lagi inisiatif penting telah dibangunkan
dengan memfokuskan kepada penghasilan Kertas Konsep Pelan Tindakan
Dasar Literasi Kesihatan Kebangsaan. Projek kolaborasi ini dijalankan bersama- 2021
sama Pejabat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) (Country Office for Malaysia,
Brunei Darussalam and Singapore) dan perunding daripada Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM) untuk menggariskan komitmen bagi membangunkan Kerangka
Dasar Literasi Kesihatan Kebangsaan.
50
Selain itu, pihak perunding telah menjalankan kajian desktop menyeluruh PEMEGANG TARUH
untuk mengenal pasti dasar, program, dan inisiatif berkaitan literasi kesihatan
yang sedia ada di pelbagai agensi dan pemegang taruh di Malaysia. Kajian ini
diperkukuh melalui sesi penglibatan pemegang taruh yang merangkumi agensi
kerajaan, agensi bukan kerajaan serta komuniti B40. Lebih daripada 50 kumpulan 2022
berkepentingan telah memberikan pandangan yang berharga, dan ratusan
individu telah mengambil bahagian secara aktif dalam sesi yang telah diadakan.
2023
Sesi libat urus, townhall, penyediaan Memorandum Jemaah Menteri (MJM) 2024
dan Majlis Pelancaran DLKK.
10 DASAR LITERASI KESIHATAN KEBANGSAAN