Pengenalan

Bahagian Pendidikan Kesihatan merupakan salah satu daripada bahagian yang wujud di Jabatan Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan Malaysia. Bahagian ini mulai beroperasi sebagai Unit Pendidikan Kesihatan di Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 1968. Pada masa itu fungsi utama Unit Pendidikan Kesihatan adalah untuk menerbitkan bahan-bahan pendidikan kesihatan seperti filem-filem kesihatan dan bahan-bahan bercetak pendidikan kesihatan untuk digunakan oleh anggota Kesihatan dalam menjalankan aktiviti pendidikan kesihatan di seluruh negara.

Pada tahun 1993, Unit Pendidikan Kesihatan dinaikkan taraf ke Bahagian Pendidikan Kesihatan di bawah Sistem Saraan Baru. Kini skop perkhidmatan yang diberi oleh Bahagian Pendidikan Kesihatan telah diperluas daripada peringkat kebangsaan sehingga peringkat negeri, hospital-hospital negeri, beberapa hospital daerah dan beberapa daerah kesihatan.

Fungsi utama Bahagian Pendidikan Kesihatan sekarang sudah beralih daripada penerbitan kepada pengurusan program-program pendidikan dan promosi kesihatan dan juga program latihan, penyelidikan dan media massa. Bahagian Pendidikan Kesihatan bertanggungjawab untuk memberi kepimpinan, menyelaras dan memantau aktiviti pendidikan kesihatan yang dijalankan di peringkat negeri dan hospital. Bermula dari 16 Disember 2004, bahagian ini telah berpindah ke Putrajaya dan beroperasi di Aras 1-3, Blok E10, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya. Di setiap negeri terdapat satu Unit Pendidikan Kesihatan yang diketuai oleh Pegawai Pendidikan Kesihatan dan dibantu oleh Pegawai Pendidikan Kesihatan yang lain bersama anggota - anggota sokongan.

Di hospital-hospital negeri pula terdapat Unit Pendidikan Pesakit. Manakala di beberapa hospital daerah dan pejabat kesihatan tertentu jawatan Pegawai Pendidikan Kesihatan telah diwujudkan dan diisi.

Cetak Emel

Bahagian Pendidikan Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia, Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62590 Putrajaya, Malaysia.


Tel : +603 88834500 Faks : +603-88886262 Emel : infosihat@moh.gov.my

media facebook media instagram media twitter rss media youtube rss