Page 34 - Buku Pemerkasaan Komuniti Ke arah Kesejahteraan Kesihatan Peranan MyChampion_28_7_22
P. 34
• Kesejahteraan merupakan gabungan antara aspek kesihatan mental dan fizikal. Ini amat penting bagi
seseorang individu menjalani kehidupan yang berkualiti. Kesejahteraan mental dan fizikal dapat dicapai
melalui pembudayaan hidup sihat meliputi minda sihat, hidup aktif, tidak merokok dan makan secara
sihat dan selamat.
• Kesejahteraan mental adalah satu keadaan yang harmoni dan individu berasa selesa dengan dirinya,
menyedari kemampuannya, dapat mengatasi tekanan yang normal, produktif dan mampu memberi
sumbangan kepada orang lain.
• Kesejahteraan fizikal adalah keadaan di mana anggota dan fungsi badan dikekalkan pada tahap yang
optimum dan mencapai prestasi yang baik untuk menguruskan kehidupan harian.
34