Page 28 - Buku Pemerkasaan Komuniti Ke arah Kesejahteraan Kesihatan Peranan MyChampion_28_7_22
P. 28
PENGGUNAAN FLOS GIGI
Flos pergigian membantu mengeluarkan sisa makanan dan plak celah gigiIa
juga membantu mencegah penyakit gusi, karies gigi dan mulut berbau.
1. Tarik benang flos sepanjang 2-3 jengkal (18 inci)
2. Lilit flos di kedua-dua belah jari tengah
3. Untuk gigi depan guna kedua-kedua belah jari telunjuk dan ibu jari
4. Untuk gigi belakang, guna kedua-dua belah jari telunjuk ATAU ibu jari
5. Masukkan flos di celah gigi dengan gerakan ke depan dan belakang
sehingga hujung gusi
6. Tarik flos ke arah gigi yang ingin dibersihkan. Gerakkan flos ke atas dan
bawah. Ulang untuk setiap batang gigi menggunakan flos yang belum
digunakan.
Info:
Lakukan pemflosan selepas memberus gigi sekurang-kurangnya sekali sehari
Flos dengan cermat dan berhati-hati untuk mengelakkan kecederaan gusi
28