Page 23 - Buku Pemerkasaan Komuniti Ke arah Kesejahteraan Kesihatan Peranan MyChampion_28_7_22
P. 23

• Pengambilan vaksin dapat membantu kita  terhindar daripada  jangkitan  pelbagai
             penyakit termasuk COVID-19.



          • Berikut adalah vaksin yang diberikan kepada bayi dan kanak-kanak bermula sejak
             lahir sehingga berumur 15 tahun.



                     BCG            BCG adalah Bacille Calmette-Guerin, vaksin yang memberi perlindungan
                                    terhadap tuberkulosis.

                  Hepatitis B       Hepatitis B monovalen vaksin hepatitis B untuk mencegah penyakit hepatitis B



                       DTaP –       DTaP – IPV-Hep B-Hib adalah vaksin kombinasi 6 serangkai yang memberi
                  IPV-Hep B         perlindungan terhadap difteria, tetanus (kancing gigi), pertussis (batuk kokol),
                                    poliomyelitis, Hepatitis B dan dan Haemophilus Influenzae type B.

                     MMR            MMR adalah vaksin kombinasi measles (campak), mumps (beguk) dan rubella.

                      PCV           PCV diberi untuk mencegah penyakit Pneumokokal serius yang disebabkan oleh
                                    serotype bakteria Streptococcus Pneumoniae yang terkandung dalam vaksin.

                        JE          JE adalah Japanese Encephalitis. Vaksin ini hanya diberi di Sarawak sahaja.

                                    HPV adalah vaksin Human Papillomavirus yang disediakan untuk murid sekolah
                                    perempuan tingkatan 1 atau remaja perempuan berumur 13 tahun yang tidak
                                    bersekolah. Vaksin diberi sebanyak 2 dos berasingan selang 6 bulan.


                        TT          TT adalah Tetanus Toxoid yang diberi untuk mencegah penyakit
                                    tetanus







            Jadual imunisasi boleh didapati dengan melayari laman sesawang


            https://www.infosihat.gov.my/penerbitan-multimedia/garis-panduan/item/jadual
            -imunisasi-kebangsaan-terkini.html







                                                                                                                               23
   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28