Page 54 - Plan Strategik ANMS
P. 54
TERAS
TERAS
4 4 INISIATIF 21 :
S9 Menggalakkan penglibatan komuniti dalam inisiatif Komuniti Sifar Sisa (KOSIS)
Komuniti dididik dan diberi galakan melalui penghargaan atas komitmen dalam melaksanakan
amalan kitar semula untuk mencapai komuniti sifar sisa. Inisiatif komuniti sifar sisa bertujuan
mempertingkat amalan kitar semula dan pengasingan sisa makanan. Pemerkasaan sekretariat
muafakat komuniti digiatkan untuk pengukuhan program kesedaran awam dan pengkomposan
di Pusat Inisiatif Komuniti Sifar Sisa.
Aktiviti 21.1
Melaksanakan program kesedaran awam dan pengkomposan di Pusat Inisiatif
Komuniti Sifar Sisa (KOSIS) di bawah Pejabat Sekretariat Muafakat Komuniti
(SMK) bagi mempertingkat amalan 3R dan pengasingan sisa makanan.
INISIATIF 22 :
Memperkasakan komuniti dalam pemantauan bersama
Mempromosi dan memperkasakan rakyat menggunakan Sistem i-Tegur bagi memantau
dan melaporkan aktiviti pembuangan sampah di tempat larangan atau bukan di tempat
pembuangan sampah.
Aktiviti 22.1
Penggunaan Sistem i-Tegur untuk penyaluran aduan di PBT.
Memperluas penggunaan Sistem i-Tegur kepada orang awam untuk
menyalurkan aduan berkaitan tahap kebersihan persekitaran di kawasan
masing-masing melalui hebahan.
PELAN STRATEGIK AGENDA NASIONAL MALAYSIA SIHAT 2021-20252025
48 PELAN S TR A TEGIK A GEND A NASIONAL MALA Y SIA SIHA T 2021-
48