Page 50 - Plan Strategik ANMS
P. 50
TERAS
TERAS
4 4 INISIATIF 15 :
S8 Mewujudkan persekitaran yang bersih dan selesa
Aspek kebersihan persekitaran perlu terus diperkukuh ke arah memastikan kelestarian
alam sekitar yang mampan. Pemerkasaan melalui penguatkuasaan mampu menambah baik
pengurusan alam sekitar yang lebih berkesan. Tindakan undang-undang diambil ke atas
individu/institusi yang melakukan kesalahan pembuangan sisa pepejal terkawal di lokasi yang
tidak dibenarkan.
Aktiviti 15.1
Mengukuhkan penguatkuasaan ke atas individu/institusi yang melakukan
kesalahan pembuangan sisa pepejal terkawal di lokasi yang tidak dibenarkan.
INISIATIF 16 :
Menambah baik mekanisma pengurusan persekitaran
Memantapkan pengurusan kebersihan persekitaran melalui operasi, pemantauan dan langkah
kawalan yang berterusan dapat memastikan persekitaran bebas daripada pembuangan sampah
haram. Pengurusan persekitaran yang baik turut termasuk amalan sanitasi dan disinfeksi
secara cekap dan berterusan. Sanitasi dan pembersihan di kawasan berisiko dapat mengawal
penyebaran virus COVID-19.
Aktiviti 16.1 Aktiviti 16.2
Melaksanakan pemantauan kebersihan Pelaksanaan Operasi Sanitasi Awam
persekitaran melalui CCTV. COVID-19.
44 PELAN STRATEGIK AGENDA NASIONAL MALAYSIA SIHAT 2021-2025