Page 56 - Plan Strategik ANMS
P. 56

TERAS
         TERAS
             4 4         INISIATIF 23 :


          S10            Mengarusperdanakan (Mainstreaming) pelaksanaan Healthy Walkable City (HWC)

                         Garis Panduan Pelaksanaan Healthy Walkable City (GPPHWC) dibangunkan oleh KPKT melalui
                         PLAN Malaysia sebagai panduan bagi memastikan setiap pembangunan bandar dapat
                         mengintegrasikan prinsip reka bentuk yang mendorong kepada kehidupan penduduk yang
                         lebih sihat dan aktif. Prinsip-prinsip perancangan seperti ketersambungan, reka bentuk sejagat
                         yang mesra pengguna, selesa, selamat dan mampan diambil kira bagi memastikan setiap
                         pembangunan bandar dapat mengintegrasikan prinsip reka bentuk yang menyokong kepada
                         kelestarian kehidupan penduduk yang lebih sihat dan aktif, yang boleh memenuhi keperluan
                         semua golongan individu termasuk kanak-kanak, warga emas dan OKU dalam mengamalkan
                         gaya hidup yang sihat dan aktif. Komponen dan elemen walkability seperti laluan pejalan
                         kaki, medan pejalan kaki, laluan basikal, tangga atau tanjakan, jejantas dan landskap serta

                         kemudahan sokongan seperti bangku, pencahayaan dan sebagainya merupakan antara elemen
                         utama yang diberi perhatian dalam merancang dan menyediakan sebuah kawasan yang
                         bercirikan HWC.





                                     Aktiviti 23.1                                            Aktiviti 23.2


                         Pelaksanaan Projek Showcase Healthy City di bandar       Pelaksanaan projek Showcase Mobiliti Aktif di lokasi
                         terpilih.                                                terpilih dalam kawasan bandar.

                                Pelaksanaan projek Showcase Healthy City di              Pembangunan projek yang menggalakkan
                                tiga (3) bandar terpilih                                 mobiliti aktif seperti berjalan kaki dan non
                                       MD Jerantut                                       motorized mobility seperti skuter. Komponen
                                       MD Kulim                                          yang dibangunkan:
                                       MP Ampang Jaya
                                                                                                Laluan berkongsi (shared lane) pejalan
                                Komponen yang dibangunkan:                                      kaki dan pengguna kenderaan tidak
                                       Outdoor Gym , papan tanda informasi                      bermotor
                                       kesihatan, sinki basuh awam, tambah                      Tempat meletak kenderaan tidak
                                       baik (retrofitting) , laluan pejalan kaki                bermotor (docking area)
                                       dan basikal, tempat letak kenderaan                      Papan tanda berinformasi
                                       micromobility, street furniture (perabot
                                       jalan) dan laluan zebra.













        50     PELAN STRATEGIK AGENDA NASIONAL MALAYSIA SIHAT 2021-2025
   51   52   53   54   55   56   57   58   59   60   61