Page 52 - Plan Strategik ANMS
P. 52

STRATEGI 9 :



               Memperkasakan komuniti dalam memelihara kebersihan persekitaran







                       Pemerkasaan komuniti dalam penjagaan persekitaran merupakan perkara utama ke arah
                       persediaan memikul tangunggjawab bersama dan tindakan kolektif daripada Keluarga Malaysia
                       menjaga kebersihan persekitaran untuk kesihatan. Peranan Keluarga Malaysia adalah penting
                       dalam  mewujudkan persekitaran yang bersih dan sejahtera. Persekitaran yang bersih mampu
                       mencegah penyakit berjangkit khasnya penyakit bawaan vektor. Langkah ini diambil dengan
                       memperkasakan komuniti mengenai penjagaan kebersihan persekitaran dan kemudahan

                       awam, memperkasakan peniaga untuk menjaga kebersihan premis perniagaan dan sekitarnya,
                       menggalakkan penglibatan komuniti dalam inisiatif komuniti sifar sisa dan memperkasakan
                       komuniti dalam pemantauan bersama terhadap kebersihan persekitaran.





















































        46     PELAN STRATEGIK AGENDA NASIONAL MALAYSIA SIHAT 2021-2025
   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57